JOHOR BAHRU: Rakyat Johor dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan beras tempatan dan import di negeri ini adalah mencukupi.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, Johor mempunyai bekalan beras yang lebih daripada mencukupi.
"Menurut maklumat agensi Kawalselia Padi Beras (KPB) Johor dan Jabatan Pertanian, penggunaan beras bagi rakyat negeri ini hanya 21,000 tan metrik sebulan manakala bekalan yang kita ada 23,000 tan metrik.
"Secara keseluruhan kita mempunyai bekalan 316,000 tan metrik untuk setahun. Sepatutnya tidak ada kerisauan tentang bekalan beras. Jadi kita harap rakyat Johor beli beras seperti biasa. Kita di Johor tidak berlaku ketiadaan bekalan beras yang kritikal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Agro Madani di Pasar Tani Kekal, Jalan Datin Halimah, Larkin di sini pada Rabu.
Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo dan Pengarah agensi KPB Johor, Mohd Alieff Sabeh.
Dalam pada itu, Zahari turut menasihatkan orang ramai termasuk pengusaha kantin dan katering supaya membeli beras pada kadar yang perlu sahaja.
Menurutnya, peniaga juga perlu bertanggungjawab dengan tidak menyorok beras dan sekiranya berbuat demikian, tangkapan akan dilakukan oleh pihak berkuasa.
"Di Johor setakat ini, tiada laporan peniaga menyorokkan beras, mungkin dalam aplikasi Tik Tok dan media sosial ada, tapi laporan rasmi kepada KPDN tiada. Kita alu-alukan rakyat yang mengetahui ada peniaga sorok beras supaya lapor kepada KPDN," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Johor menerima 100 tan metrik beras daripada beberapa agensi antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pertubuhan Peladang untuk mengatasi kekurangan sumber makanan ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 20 2023
Zahar menyerahkan beras kepada seorang penerima ketika Program Jualan Agro Madani di Pasar Tani Kekal, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Tiada risiko kekurangan sarung tangan getah meskipun penularan mpox - MARGMA
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai potensi lonjakan permintaan akibat penularan wabak itu, tidak perlu membuat pembelian panik.
Barisan panjang di stesen minyak sekitar Tehran
Serangan itu menimbulkan pembelian panik minyak petrol dalam kalangan orang ramai sekiranya harganya melambung tinggi jika berlaku perang.
Penamatan subsidi ayam: Jangan buat pembelian panik - Menteri Sarawak
Pengguna di Sarawak dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik susulan pengumuman penamatan subsidi dan kawalan harga ayam yang
Elak pembelian panik, bekalan beras bersubsidi di Sabah mencukupi
Orang ramai di Sabah dinasihat agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan beras bersubsidi di negeri itu mencukupi dan akan masuk secara berperingkat di semua kedai serta pasar raya.
Bekalan beras putih tempatan di pasaran kembali stabil - Chan
Beliau berkata keadaan positif itu berikutan kurangnya pembelian panik oleh pengguna dan peniaga.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 September 2023.
Jangan buat pembelian panik, beras mencukupi di Johor - Exco
Penggunaan beras bagi rakyat negeri ini hanya 21,000 tan metrik sebulan manakala bekalan yang ada 23,000 tan metrik.
Jangan buat pembelian panik, beras mencukupi di N. Sembilan
Pembelian panik boleh menyebabkan gangguan rantaian bekalan, oleh itu pengguna dinasihat agar membeli beras tempatan mengikut keperluan.
Aidiladha: Elak pembelian panik, bekalan lembu korban cukup - Mohamad Sabu
Kerajaan memberi jaminan bekalan lembu untuk sambutan Aidiladha mencukupi pada tahun ini.
Telur ada tidak disorok, henti buat pembelian panik - KPDNHEP
Pembelian panik terhadap telur papan menyebabkan masalah kekurangan bekalan mentah itu semakin serius di ibu negara.