awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan cemar Dewan saya dengan perangai buruk' - Sultan Johor

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2021
03:17 MYT
'Jangan cemar Dewan saya dengan perangai buruk' - Sultan Johor
Titah baginda, jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaannya sekarang, baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan kerajaan Johor. - Sumber foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar tidak mencemarkan kemuliaan Dewan dengan perangai buruk masing-masing.
Baginda bertitah, Dewan Negeri adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat serta negeri Johor.
"Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini adalah dewan yang mulia bukannya dewan sangkar beruk.
"Ingat pesanan saya Tuan Speaker.
"Jalankan kerja baik-baik dan suka juga saya ingatkan, yang saya tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sampai menganggu-gugat negeri dan kerajaan saya," titah baginda.
Sultan Ibrahim turut bertitah menasihatkan semua ADUN supaya menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi Johor.
Sumber Facebook officialsultanibrahim
"Ahli-Ahli Dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan. Awak semua jangan pentingkan diri sendiri.
"Rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak COVID-19.
"Ini bukannya masa untuk berbalah, tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama. Jangan tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi lihatlah cermin muka sendiri," tambah baginda lagi.
Sultan Ibrahim bertitah demikian semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Titah baginda, jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaannya sekarang, baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan kerajaan Johor.
"Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.
"Apabila wabak COVID-19 telah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih Ahli Dewan yang baharu.
"Selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat," titah Sultan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#ADUN
#sidang DUN Johor
#Ahmad Hasni Mohamad
#mb johor
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan