awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan cemas dengar bunyi tembakan, itu latihan Paskal di Lumut Jumaat ini

Bernama
Bernama
13/12/2021
05:21 MYT
Jangan cemas dengar bunyi tembakan, itu latihan Paskal di Lumut Jumaat ini
Penduduk sekitar dan orang awam diminta agar tidak cemas sekiranya mendengar sebarang bunyi tembakan atau letupan pada tarikh dan waktu dinyatakan.
IPOH: Orang ramai dan penduduk di sekitar Lumut diminta untuk tidak cemas sekiranya mendengar bunyi tembakan kerana ia adalah latihan oleh Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (Paskal) pada Jumaat ini.
Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan memaklumkan latihan praktikal Menyelamat Tebusan bagi Kursus Tempur Jarak Dekat Paskal Siri PKL/25/TJD/21 itu akan diadakan di sekitar simpang empat Bukit Permata, Jalan Teluk Muruh, Lumut bermula pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.
"Justeru dimohon kepada penduduk sekitar dan orang awam supaya tidak cemas sekiranya mendengar sebarang bunyi tembakan atau letupan pada tarikh dan waktu dinyatakan.
"Orang awam juga dinasihati agar tidak mendekati kawasan latihan serta menyebarkan sebarang spekulasi kerana ia merupakan siri latihan sahaja," menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#latihan paskal
#bunyi tembakan
#lumut
#bukit permata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan