[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

Jangan cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah

Bernama 30/05/2022 | 14:33 MYT
TUDM sudah melaksanakan persiapan bagi istiadat perbarisan pada 28 Mei hingga 1 Jun ini yang akan disertai terbang lintas hormat pesawat. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas jika melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia adalah latihan sempena persiapan Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-64 yang akan diadakan pada Rabu ini di Pangkalan Udara Subang.

"Sepanjang latihan itu, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah dan taktikal bagi latihan demonstrasi keupayaan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan TUDM sudah melaksanakan persiapan bagi istiadat perbarisan pada 28 Mei hingga 1 Jun ini yang akan disertai terbang lintas hormat pesawat.

-- BERNAMA
#TUDM #pesawat terbang rendah #ulang tahun TUDM #Mindef