Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mendahului undang-undang dengan menghakimi seorang pendakwah terkenal susulan penyebaran video dan mesej lucah yang tular. Pada masa sama, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, tindakan menyebarkan aib seseorang juga dilarang dalam agama. “Nasihat saya kepada penyokong atau penentang kepada mana-mana tersangka ini perlu berhati-hati supaya mereka tidak mendahului undang-undang kerana seseorang itu belum bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.
“Jadi, hormatilah proses undang-undang dan agama mengajar kita supaya tidak semberono menyebarkan aib seseorang itu sementelah lagi belum dipastikan benar oleh pihak mahkamah,” katanya di sini hari ini.BACA: Belum ada individu dipanggil kes video, mesej lucah babit pendakwah Beliau juga meminta supaya warga maya dan netizen menghentikan perdebatan dan penyebaran apa jua bentuk rakaman di media sosial berhubung dakwaan ke atas pendakwah berkenaan. Jelasnya, isu berkenaan sudah menjadi siasatan oleh pihak polis sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan oleh pihak berkuasa. Beliau berkata demikian ketika diminta memberikan reaksi berhubung dakwaan yang dihadapi oleh pendakwah berkenaan sehingga menimbulkan perdebatan di media sosial. Menyentuh mengenai usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang kini ditahan di Thailand, beliau menjelaskan prosiding undang-undang akan diteruskan sekembalinya Muhammad Sajjad ke tanah air. Prosiding undang-undang ke atas Muhammad Sajjad tertangguh disebabkan dia gagal hadir ke mahkamah atas dakwaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor.[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71 Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar. ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini. Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri Video yang berdurasi 1 minit 14 saat itu memaparkan keluarga Mohd Farid Ravi sedang berkumpul dan bermesra.
Kes Ebit Lew: Saksi kelapan diminta keluarkan data 'pendrive' berunsur lucah Saksi pendakwaan kes pendakwah Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia diminta oleh pegawai penyiasat untuk mengeluarkan data berunsur lucah daripada pemacu pena yang diterimanya.
Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.
Polis sahkan pendakwah terkenal buat laporan difitnah Pengadu yang berusia 38 tahun itu membuat laporan polis pada 2.17 pagi tadi, di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
Perbicaraan kes Ebit Lew ditangguh Mei depan Permohonan penangguhan dibuat bagi membolehkan peguam bela membuat semakan dokumen berkaitan 90 imej lucah di Mahkamah Tinggi.
Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul Seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta mengalami kecederaan selepas dipukul.
Kes Ebit Lew: Pegawai polis rampas telefon bimbit tidak periksa kandungan Namun, pegawai polis itu memaklumkan beliau tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Polis kesan saksi kes gangguan seksual babitkan pendakwah terkenal Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew.
Siasatan gangguan seksual, polis sahkan panggil semula pendakwah terkenal Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dalam satu kenyataan berkata, turut dipanggil ke Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman itu adalah isteri pendakwah tersebut.