awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan gentar dengan ancaman Eropah' - PM Anwar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/10/2023
06:45 MYT
'Jangan gentar dengan ancaman Eropah' - PM Anwar
PM Anwar:"Kita jangan hiraukan soal sekatan, kita ada urusan kerja dan kita teruskan seperti biasa." - fotoBERNAMA
CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat Malaysia tidak perlu gentar dengan ugutan pihak Eropah berikutan kelantangan suara negara ini dalam menyuarakan nasib rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa penindasan rejim Zionis.
Anwar turut menyatakan, wujud seorang Ahli Parlimen dari Eropah yang dipercayai mengusulkan sekatan terhadap Malaysia.
Ujarnya, perkara itu tidak sesekali menjejaskan kedudukan beliau sebaliknya tugas dan tanggungjawab akan dipikul seperti biasa.
"Ada ahli Parlimen Eropah yang bangkitkan, ada usul langsung berhubung sekatan terhadap Malaysia daripada salah seorang ahli Parlimen Eropah.
Isu Palestin : 'Kita teruskan kerja kita' - PM
"Ia tidak menjadi masalah (bagi pihak Malaysia) jadi kita jangan hiraukan soal itu (usul sekatan), kita hanya ada urusan kerja dan kita akan teruskan.
"Kita terpaksa menyuarakan pandangan (berhubung penindasan Israel terhadap Palestin) daripada Malaysia," tambah beliau.
Anwar berkata demikian selepas ditemui ketika hadir melancarkan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia (MMU) di sini, pada Rabu.
Menurut beliau, kekejaman yang menimpa rakyat Palestin merupakan soal hak kemanusiaan yang perlu diperjuangkan di peringkat antarabangsa.
Ditanya mengenai soal ancaman dan risiko, Anwar menyatakan tiada perkara yang perlu dibimbangkan kerana negara masih mempunyai aspek keselamatan yang baik.
"Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ada, mereka (PDRM) akan uruskan. Kita tak akan bimbang, akan teruskan kerja kita," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perang Palestin-Israel
#rejim Zionis
#sekata dari Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan