awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan guna IBS dengan sewenang-wenang, kata PH Sarawak

Bernama
Bernama
13/06/2018
23:47 MYT
Jangan guna IBS dengan sewenang-wenang, kata PH Sarawak
Menurut Chong, pemilik bersama berdaftar Ocean Beach Resort telah menjalankan operasi di atas tanah berkenaan selama lebih 10 tahun dan menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan Sarawak. - Gambar fail
Kerajaan negeri Sarawak digesa supaya tidak menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) dengan sewenang-wenangnya untuk menaik taraf sekolah di negeri ini, terutama di luar bandar.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Chong Chieng Jen mendakwa kerja menaik taraf menggunakan IBS telah menyebabkan berlaku banyak kelewatan dan kerosakan jalan raya yang digunakan lori bagi mengangkut bahan IBS.
Anggota Parlimen Stampin itu berkata sistem berkenaan tidak sesuai bagi sekolah di luar bandar kerana lain lokasi memerlukan lain reka bentuk, di samping melibatkan kos pengangkutan yang amat tinggi.
"Kemajuan kerja adalah 85 peratus lewat daripada yang dijadualkan dan kami juga menerima aduan bahawa lori yang mengangkut bahan IBS merosakkan jalan raya kerana bebannya yang berat.
"Saya menggesa Datuk Seri Michael Manyin, menteri bertanggungjawab bagi pendidikan di Sarawak, supaya meneliti perkara itu kerana beliau sering bercakap tentang usaha menaik taraf sekolah di negeri ini," kata Chong, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa kepada pemberita di sini pada Rabu.
Semasa membentangkan Bajet 2018, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Sarawak dan Sabah masing-masing diperuntukkan RM1 bilion untuk menaik taraf sekolah di negeri masing-masing.
Dalam perkara berasingan, Chong berkata beliau telah menulis surat kepada pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Kuching bagi pihak pemilik bersama berdaftar Ocean Beach Resort bagi merayu terhadap keputusan jabatan itu menolak permohonan mereka untuk memperbaharui pajakan bagi sebidang tanah di Lot 176 Daerah Tanah Gading-Lundu.
Pajakan tanah itu akan berakhir pada 31 Dis 2024.
Menurut Chong, pemilik bersama itu telah menjalankan operasi di atas tanah berkenaan selama lebih 10 tahun dan menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan Sarawak.
"Tanah berkenaan hanya seluas kira-kira 5.261 meter persegi dan terdapat banyak tanah terbiar, tidak dimajukan berhampiran tempat itu," katanya sambil menegaskan bahawa tiada sebab bagi kerajaan negeri untuk tidak memperbaharui pajakan bagi tanah itu.
Chong berkata beliau akan membangkitkan perkara itu pada persidangan dewan negeri akan datang dan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil tindakan secara proaktif berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chong Chieng Jen
#IBS
#jalan raya
#Lori
#luar bandar
#Michael Manyin
#naik taraf
#operasi
#pajakan
#Pakatan Harapan
#Sabah
#Sarawak
#sekolah
#Sistem Binaan Berindustri
#SPRM
#tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan