awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan guna jentera kerajaan berkempen untuk parti politik - Fahmi

Bernama
Bernama
25/06/2023
04:15 MYT
Jangan guna jentera kerajaan berkempen untuk parti politik - Fahmi
Fahmi berucap pada Program Digital@KKD di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang, semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) diingatkan tidak sesekali menggunakan jentera kerajaan berkempen untuk parti politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata peringatan itu dibangkitkan beliau semasa sesi libat urus bersama pegawai lapangan Jabatan Penerangan Kelantan, malam ini.
"Melalui sesi tertutup seperti ini, mereka dapat peluang meluahkan pandangan, cadangan dan permasalahan untuk tindakan segera.
"Saya juga mengingatkan semua pegawai JaPen agar jangan sama sekali berkempen untuk parti politik dengan menggunakan jentera Kerajaan," katanya menerusi catatan di Facebook.
Fahmi yang dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan hari ini berkata sesi bertemu dengan pegawai kementerian atau agensi merupakan antara perkara yang dimasukkan dalam jadualnya pada setiap kali turun ke negeri-negeri.
Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang akan terlibat dalam PRN tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jentera kerajaan
#PRN
#Jabatan Penerangan Malaysia
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan