awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan guna peralatan elektrik yang terkena air banjir - Suruhanjaya Tenaga

Bernama
Bernama
15/11/2017
07:47 MYT
Jangan guna peralatan elektrik yang terkena air banjir - Suruhanjaya Tenaga
Mangsa banjir perlu memastikan peralatan elektrik dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan dan pendawaian rumah diperiksa oleh kontraktor sebelum disahkan selamat digunakan. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Tenaga menasihatkan mangsa banjir agar tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket berada dalam keadaan basah bagi mengelak sebarang kemalangan.
Menerusi satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu sama sekali melarang mangsa banjir menggunakan peralatan elektrik yang telah terkena air banjir sebelum diperiksa oleh juruelektrik bertauliah.
"Jangan memetik suis dengan tangan yang basah, semasa berdiri dalam air atau dalam keadaan kaki tidak berkasut.
"Jangan memasuki bilik yang terdapat peralatan elektrik yang belum dicabut dari soket atau suis. Elakkan juga menghampiri bilik yang terdapat percikan api keluar dari mana-mana peralatan atau pendawaian," jelas kenyataan itu.
Suruhanjaya itu juga melarang mangsa banjir daripada menghampiri kawasan seperti pencawang elektrik atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air selain mengelak daripada memijak atau memandu kenderaan melalui lopak air berhampiran talian elektrik yang putus.
Sehubungan itu, suruhanjaya tersebut menggariskan beberapa kaedah keselamatan elektrik semasa banjir surut antaranya menasihatkan mangsa banjir untuk merujuk dengan pihak utiliti bagi mengetahui status penyambungan bekalan elektrik.
Mereka juga perlu memastikan peralatan elektrik dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan dan memastikan pendawaian rumah diperiksa oleh kontraktor sebelum disahkan selamat digunakan oleh pendawai elektrik yang berdaftar dengan suruhanjaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#elektrik
#Suruhanjaya Tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan