GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengajak semua pihak melihat secara positif dan proaktif berhubung isu memetik tafsiran ayat al-Quran membabitkan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How baru-baru ini.
Beliau berkata, ahli politik jangan hanya memikirkan keuntungan politik bagi parti yang dianggotai atau disokong semata-mata, tetapi perlu mengutamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk warga Malaysia bukan Islam tentang maksud sebenar ayat-ayat al-Quran.
Jelasnya, jika tujuan itu tercapai ia bererti satu perkembangan yang baik dalam hubungan antara sesama warga Malaysia berjaya diwujudkan.
"Ini adalah kerana semakin ramai masyarakat bukan Islam di negara ini yang memahami isi kandungan al-Quran bererti semakin bertambah penghargaan dan penghormatan mereka terhadap kitab suci Islam itu.
"Maka diharapkan dengan cara sedemikian mampu menghapuskan fenomena islamofobia dan sangkaan buruk mereka terhadap agama Islam dan umatnya," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.
Semalam Sinar Harian melaporkan Howard Lee tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak susulan tindakannya memetik tafsiran ayat al-Quran, baru-baru ini.
Beliau berkata, permohonan maaf itu diharapkan dapat menghentikan polemik yang telah mencetuskan ketegangan dan ancaman yang diterima ekoran penularan video berkenaan di media sosial.
Menurut Howard, pihaknya telah mendapatkan pandangan daripada pihak alim dalam memetik ayat 59 Surah An-Nisa berkenaan.
Mengulas mengenai perkara itu, Wan Salim berkata, beliau telah cuba meneliti ucapan wakil rakyat DAP itu dan keterangan yang telah diberikan.
"Saya dapati beliau tidak mentafsirkannya seperti didakwa oleh pihak tertentu. Malah beliau tidak pun membaca teks asal ayat itu di dalam bahasa Arab.
"Menurut Ahli Parlimen Ipoh Timur itu lagi, beliau juga belajar terlebih dahulu dengan beberapa orang alim untuk memahami maksud ayat berkenaan," katanya.
Sementara itu, Wan Salim mencadangkan supaya kerajaan menerusi mana-mana jabatan atau agensi yang sesuai untuk mengadakan sesi khas kepada wakil-wakil rakyat, ahli-ahli politik dan para pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam.
Katanya, penyertaan untuk sesi khas itu hanya digalakkan, tidak diwajibkan, kerana tujuannya bukan untuk mempengaruhi mereka menukar agama kepada Islam, tetapi sekadar untuk memahamkan mereka tentang ajaran-ajaran Islam.
"Semoga dengan menghadiri sesi sedemikian mereka akan mendapat kefahaman yang betul tentang isi kendungan al-Quran.
"Kita percaya dengan kefahaman yang betul tentang isi kandungan al-Quran akan meningkatkan lagi perpaduan dan sikap saling hormat antara sesama warganegara," tambahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023

Wan Salim mencadangkan supaya kerajaan mengadakan sesi khas kepada wakil-wakil rakyat, ahli-ahli politik dan para pemimpin NGO bukan Islam. - Gambar fail

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa di dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Khamis.
Kertas Putih dasar gaji progresif dibentang hari ini
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini akan membentangkan Kertas Putih cadangan dasar gaji progresif di Dewan Rakyat.

Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.