IPOH: Umat Islam tanpa mengira latar belakang, diingatkan untuk tidak menghina atau cuba menjatuhkan martabat pihak atau individu lain termasuk yang kurang berkemampuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ini kerana perbuatan berkenaan amat ditegah dalam Islam.

Tanpa merujuk mana-mana pihak secara khusus, beliau berkata malah perbuatan seperti menengking dengan merendah-rendahkan pihak lain juga dilarang dalam agama.

"Tak boleh dan tak kiralah, pensyarah, ahli politik, pemimpin, jiran atau rakan sejawat, tidak boleh untuk kita menghina ataupun menjatuhkan martabat orang lain," kata Idris.

Kita kena ingat, hari ini kalau kita hina orang, kita hina “lantak awaklah, rumah awak kena, rumah saya tak kena. Kita anggap macam kita rumah kita tidak akan kena banjir. Mungkin hari ini kita senang, esok belum tentu kita senang," tambahnya. 

Video Tular | Pensyarah didakwa hina pelajar

BACA: Video tular pensyarah didakwa hina golongan B40, UiTM ambil tindakan

BACA: Dakwa hina pelajar B40: 'Jangan terlalu hidung tinggi, kelak makan diri' - Fadzilah Kamsah

Beliau berkata demikian ketika ditemui menyampaikan bantuan kepada 21 mangsa yang terjejas akibat ribut, di Dewan Dato Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam, di sini pada Rabu.

Terdahulu tular mengenai sebuah video yang memaparkan seorang pensyarah dipercayai daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dikatakan memarahi seorang pelajar berikutan tidak memiliki komputer riba sewaktu mengikuti sesi pengajian secara dalam talian. 

Video Tular | UiTM ambil tindakan kes pensyarah tular marah pelajar

Tindakan itu telah mengundang kecaman orang ramai yang tidak bersetuju dengan cara tersebut malah dikatakan telah memperlekehkan golongan B40.

Malah isu berkenaan mendapat reaksi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad.