MALAYSIA
“Jangan jadi mangsa kepada propaganda Israel” - Fahmi Fadzil
Fahmi mengadakan sidang media selepas membuat lawatan ke Sumud Nusantara Command Centre pada Ahad. - Gambar/ Astro AWANI
SEPANG: Kerajaan Malaysia akan terus meneliti trend propaganda Israel di media sosial bagi mengelak penularan maklumat palsu.
Ringkasan AI
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata meskipun algoritma propaganda rejim Zionis berleluasa di negara lain, namun Malaysia berjaya menyekatnya dengan langkah pencegahan yang proaktif.
“Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Komunikasi terus menjalankan dialog berterusan dengan platform media sosial seperti TikTok dan Meta bagi memastikan mereka faham akan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin,” katanya selepas membuat lawatan ke Sumud Nusantara Command Centre pada Ahad.
Tambah beliau, pendekatan ini penting bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan propaganda yang digerakkan Israel menerusi media sosial.
“Jangan kita jadi mangsa propaganda Israel. Saya juga dimaklumkan bahawa semua sesi ‘livestream’ peserta Global Sumud Flotilla di TikTok juga tidak akan disekat,” tambahnya.
Ketika ini seramai 34 rakyat Malaysia mengikuti pelayaran Global Sumud Flotilla bertujuan memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan ke Gaza.
Ringkasan AI
- Kerajaan Malaysia terus memantau dan meneliti trend propaganda Israel di media sosial bagi mengelakkan penularan maklumat palsu, dengan pendekatan proaktif yang berjaya menyekat penyebarannya di negara ini.
- Kementerian Komunikasi menjalankan dialog berterusan dengan platform seperti TikTok dan Meta untuk memastikan mereka memahami pendirian Malaysia terhadap isu Palestin dan tidak menyekat kandungan berkaitan, termasuk siaran langsung peserta Global Sumud Flotilla.
- Seramai 34 rakyat Malaysia kini menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla yang bertujuan memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.