awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadi tali barut pengganas - Jauteh

Bernama
Bernama
30/07/2024
13:58 MYT
Jangan jadi tali barut pengganas - Jauteh
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun hari ini mengingatkan semua pihak termasuk anggota polis dan pegawai kerajaan supaya tidak menjadi tali barut kepada kumpulan pengganas. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun hari ini mengingatkan semua pihak termasuk anggota polis dan pegawai kerajaan supaya tidak menjadi tali barut kepada kumpulan pengganas.
Beliau berkata kerjasama serta peranan semua pihak termasuk masyarakat setempat sangat penting dalam memastikan keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara terus terpelihara.
"Saya memberi jaminan bahawa pihak keselamatan khususnya polis akan sentiasa berwaspada terutama sekali di sempadan dan perairan agar kumpulan bersenjata ini tidak menyusup masuk ke negeri ini.
"Semua pihak yang terlibat dalam menjaga keselamatan negeri memainkan peranan penting dalam menjamin keamanan dan kedaulatan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Dokumentasi Op Daulat Tanduo.
Majlis pelancaran buku bertajuk "Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am: Membanteras Pengganas dan 5th Column di Kampung Tanduo" itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Jauteh berkata pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta agensi lain seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut memainkan peranan utama dalam mengawal sempadan negara daripada ancaman luar.
Beliau berkata kerjasama masyarakat tempatan amat penting dalam menyokong pasukan keselamatan dengan memberikan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau ancaman keselamatan.
Katanya media turut memainkan peranan signifikan dalam memberitahu masyarakat mengenai isu-isu keselamatan serta perkembangan semasa berkaitan keamanan negara, selain perkongsian maklumat antara agensi keselamatan bagi meningkatkan keberkesanan operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tali barut pengganas
#Polis Sabah
#Jauteh Dikun
#pegawai kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan