MALAYSIA
'Jangan jadikan Parlimen platform bangkit sentimen, raih keuntungan politik' - Saifuddin
Saifuddin Nasution menjelaskan bahawa latihan tersebut melibatkan beberapa lokasi awam di Terengganu dan singgahan di masjid hanya untuk menunaikan solat, tanpa sebarang tindakan luar biasa seperti yang didakwa. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen diingatkan agar tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk membangkitkan sentimen yang boleh menimbulkan keresahan awam demi meraih keuntungan politik.
Ringkasan AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian susulan dakwaan terhadap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang kononnya mengadakan latihan di Masjid Rusila, Marang pada 19 September lalu.
Beliau menegaskan isu yang sudah diselesaikan dengan baik tidak wajar diheret semula ke Dewan Rakyat dengan naratif berlebihan sehingga disamakan dengan peristiwa besar seperti insiden Memali atau 13 Mei 1969.
Menurutnya, program latihan berkenaan melibatkan beberapa lokasi checkpoint di sekitar Terengganu termasuk terminal bas, pasar dan premis awam lain, dengan laluan bermula dari Kuala Berang sebelum berakhir di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan.
"Ketika latihan, anggota yang terlibat singgah di Masjid Rusila (Marang) untuk menunaikan solat asar. Terpulanglah kepada mereka hendak singgah di mana-mana masjid bagi menunaikan solat. Dan itulah yang sebenarnya berlaku.
"Saya dah tengok CCTV (rakaman kamera litar tertutup), tak ada (perkara) yang luar biasa. Saya juga hubungi Ketua Polis Terengganu (Datuk Mohd Khairi Khairudin) untuk mendapat pengesahan. Aduan sudah dibuat imam masjid pada 29 September lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian.
"Ahli Parlimen Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang) pun sudah dibuat pertemuan. Kesimpulan daripada pertemuan itu, tiada yang luar biasa cuma sedikit salah faham dan kedua-dua pihak bersetuju dan berpuas hati. Itu yang berlaku.
"Jadi saya ingin menepis... janganlah sampai exaggerate satu program yang macam itu," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober dan Sambutan Hari Inovasi 2025 Kementerian Dalam Negeri, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim yang menyamakan kejadian itu dengan tragedi berdarah, Memali 1985 selepas perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di sesi Dewan Rakyat pada Rabu.
Takiyuddin mendakwa sekumpulan 10 hingga 15 individu menaiki lima kenderaan memasuki Masjid Rusila tanpa kebenaran, menyebabkan ketakutan dan keresahan dalam kalangan jemaah.
Sementara itu, Awang turut menyoal sama ada latihan berkenaan merupakan sebahagian daripada rancangan untuk membunuh Abdul Hadi, yang ketika itu berada di masjid tersebut.
Dalam pada itu, Saifuddin menambah, setiap kenyataan yang dibuat wakil rakyat haruslah disandarkan pada niat yang betul untuk memberi pencerahan, bukan menimbulkan keresahan.
"Kalau ada Ahli Parlimen ambil sikap seperti itu, bayangkan bagaimana reaksi netizen di luar sana. Ini yang saya maksudkan, berpada-padalah dalam mengulas perkara yang membabitkan isu keselamatan dan tanggungjawab pasukan penguat kuasa," katanya.
Beliau menjelaskan setiap perbahasan dikawal peraturan mesyuarat dan mempunyai tatacara tertentu.
"Kalau ditanya pada saya, ianya jelas. Tingkah laku seorang Ahli Parlimen di Dewan (Rakyat) dikawal Standing Orders, jadi menjadi kewajipan untuk mengangkat sesuatu perkara ke hadapan dalam Parlimen dengan tepat.
"Tanggungjawab saya bukan sahaja memastikan proses itu dipatuhi, tetapi juga supaya masyarakat mendapat gambaran sebenar dan versi tepat mengenai kejadian itu,” katanya.
Ringkasan AI
- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution menegur Ahli Parlimen agar tidak membangkitkan sentimen yang boleh menimbulkan keresahan awam di Dewan Rakyat demi kepentingan politik, susulan isu latihan Maritim Malaysia di Masjid Rusila.
- Beliau menjelaskan bahawa latihan tersebut melibatkan beberapa lokasi awam di Terengganu dan singgahan di masjid hanya untuk menunaikan solat, tanpa sebarang tindakan luar biasa seperti yang didakwa.
- Saifuddin menegaskan bahawa perbahasan di Parlimen perlu berpandukan niat memberi pencerahan dan bukan menimbulkan keresahan, serta menyeru agar tingkah laku wakil rakyat dikawal mengikut peraturan mesyuarat.