“Jangan jatuhkan institusi Parlimen” - MP Jelutong bidas Shahidan

Dalam ucapannya, Shahidan dilihat mengkritik prestasi institusi itu yang menurutnya tidak menepati taraf sebagai badan perundangan berwibawa. - Tangkap layar sidang Parlimen
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika hari ini apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN–Arau) mendakwa Parlimen sebagai institusi yang “gagal” dan wajar ditutup.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Parlimen sebagai institusi yang "gagal" dan mencadangkan penutupannya kerana tidak menepati taraf sebagai badan perundangan berwibawa.
- Kritikan Shahidan terhadap Parlimen berlaku semasa perbahasan RUU Perbekalan 2026, mencetuskan bantahan dari RSN Rayer yang menganggap kenyataan Arau sebagai biadab dan merendahkan martabat institusi Parlimen.
- Pertikaman lidah antara Shahidan dan Rayer berlaku sebelum Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong Yieng campur tangan untuk menenangkan situasi di Dewan Rakyat.
Kenyataan itu dibuat ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 di bawah urusan Parlimen.
Ucapan tersebut mencetuskan bantahan segera daripada RSN Rayer (PH–Jelutong) yang bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(4) kerana menganggap kenyataan Arau itu sebagai biadab dan menjatuhkan maruah institusi Parlimen.
“Dia mengatakan bahawa Parlimen ini tiada standard, sebagai seorang Ahli Parlimen, jika mahu membahaskan sesuatu fakta atau meluahkan ketidakpuasan hati, silakan.
“Tetapi jangan sampai menjatuhkan maruah Parlimen, sebuah institusi yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong,” kata Rayer.
Shahidan kemudian mempertahankan ucapannya dengan menjelaskan beliau hanya membangkitkan isu berkaitan perkhidmatan pusat khidmat Parlimen yang menurutnya tidak disalurkan secara adil kepada wakil rakyat pembangkang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


