awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 - Fahmi

Bernama
Bernama
16/03/2024
10:55 MYT
Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 -  Fahmi
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi hari ini, Fahmi memaklumkan kadar terkini Ringgit berbanding AS$1 ialah RM4.70. - Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98 seperti yang dipaparkan oleh Google.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi hari ini, Fahmi memaklumkan kadar terkini Ringgit berbanding AS$1 ialah RM4.70.
"Tak pasti, jangan kongsi! Maklumat yang dipaparkan malam tadi tidak tepat. Hakikatnya kadar terkini Ringgit berbanding AS$1 adalah RM4.70," menurut hantaran itu.
Hari ini Bank Negara Malaysia (BNM) dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit yang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran AS$/MYR yang salah diterbitkan oleh Google semalam.
Menurut BNM, maklumat itu adalah tidak tepat dan tidak mencerminkan dagangan sebenar.
Bank pusat itu menjelaskan bahawa pada 15 Mac 2024, kadar pertukaran AS$/MYR berada di paras 4.7015 pada 9 pagi dan 4.7045 pada 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi Ringgit seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti
#Fahmi Fadzil
#Bank Negara Malaysia
#nilai ringgit
#Google
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan