KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak mengingatkan penduduk tempatan dan semua industri yang beroperasi di Sarawak agar tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan cuaca panas yang berterusan ketika ini.
NREB dalam satu kenyataan memaklumkan pembakaran terbuka merupakan penyumbang utama terhadap kemerosotan kualiti udara yang boleh memudaratkan kesihatan awam dan menjejaskan ekonomi.
"Cuaca panas dan kering ketika ini menyebabkan risiko berlakunya kebakaran yang sangat tinggi di kawasan-kawasan yang mudah terbakar seperti di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah," katanya.
Berdasarkan rekod pemantauan NREB, sebanyak 252 titik panas dikesan dari Januari hingga Julai tahun ini berbanding 201 titik panas pada 2020 dan 280 pada 2019 bagi tempoh yang sama.
"Bilangan ini dijangka akan terus meningkat jika keadaan cuaca panas dan kering berterusan hingga pertengahan September nanti," menurut NREB.
Menurut NREB, lazimnya peningkatan kes pembakaran terbuka disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pertanian, pembukaan tanah untuk pertanian komersial serta kebakaran hutan dan belukar.
"Penduduk tempatan dan pihak industri terutamanya sektor pertanian disarankan agar mengamalkan operasi sifar pembakaran terbuka serta menggunakan kaedah-kaedah lebih mesra alam seperti pengomposan, sungkupan dan lain-lain bagi tujuan pelupusan sisa biojisim tumbuhan dan pembukaan tanah," kata NREB.
NREB berkata mereka yang menyebabkan atau melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 30(1)(a) dan 30(2) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 2019 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali dengan kompaun RM1,000 bagi setiap hari berlakunya pembakaran terbuka.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung sebarang kejadian pembakaran terbuka diminta melaporkannya ke pejabat NREB terdekat atau menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 013-7595866.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021
Pembakaran terbuka merupakan penyumbang utama terhadap kemerosotan kualiti udara yang boleh memudaratkan kesihatan. -Gambar hiasan
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Warga emas cari lokan disyaki dibaham buaya masih belum ditemui
Pasukan SAR bagi mencari Minu Kin, warga emas yang dipercayai dibaham buaya ketika mencari kolan di Sungai Rayu, Lundu pada Rabu lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk selepas tiga hari operasi dijalankan.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Lelaki ditahan selepas cetuskan kebakaran kecil di Istana Buckingham
Seorang lelaki ditahan di luar Istana Buckingham London selepas didakwa cuba mencetuskan kebakaran kecil di hadapan pintu pagar istana pada Selasa malam.
Myanmar hapuskan dadah bernilai AS$642 juta
Pembakaran secara besar-besaran termasuk dadah jenis candu, Heroin dan Methamphetamine itu menjadi acara tahunan di Myanmar.
Jangan lakukan pembakaran terbuka - NREB Sarawak
Pembakaran terbuka merupakan penyumbang utama terhadap kemerosotan kualiti udara yang boleh memudaratkan kesihatan.
Cuaca panas: Orang awam diminta lapor segera jika ternampak asap atau api kecil
Orang awam diminta untuk segera melaporkan insiden kebakaran kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di samping tidak membuat pembakaran terbuka ekoran cuaca panas dan kering.
Kerajaan China arah tiada sebarang upacara pengebumian untuk mangsa koronavirus
Arahan yang dikeluarkan pada sabtu itu bertujuan untuk memperlahankan penyebaran wabak Novel Koronavirus (nCoV-2019 ).
Kualiti udara di New Delhi pada paras "bahaya"
Menurut laporan media, kualiti udara yang teruk menyebabkan ramai penduduk menghadapi masalah pernafasan dan juga penyakit jantung.
Sarawak kawal aktiviti pembakaran terbuka di tanah hak adat
Aktiviti itu perlu mendapat permit dan dipantau oleh pengawal melalui perintah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 10 (2) Ordinan Utama.
Lima suspek kes tembakan di Pattani ditahan
Kelima-lima lelaki terbabit mengaku terlibat dalam enam kes tembakan di Pattani pada 2010, 2011 dan 2012.
Perkembangan Jerebu: Muar 'bahaya', 10 kawasan 'tidak sihat', Singapura sekitar 300 IPU
Perkembangan masalah jerebu dilihat masih berterusan hari ini dengan Lembah Klang menunjukkan peningkatan pada paras Indeks Pencemaran Udara.
Jerebu: 6 bandar catat IPU tidak sihat
6 bandar di Semenanjung Malaysia mencatatkan indeks pencemaran udara, IPU tidak sihat sehingga jam 11 pagi tadi.