Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mengikut masyarakat di sesetengah negara Islam di Timur Tengah yang mahu membuat perubahan melalui kekerasan sehingga mengorbankan banyak nyawa.
Sebaliknya, mereka perlu bersyukur dengan kemakmuran yang dikecapi negara pada masa ini sehingga Malaysia mampu menjadi sebuah negara Islam yang maju dalam pelbagai bidang dan ingin dicontohi negara Islam lain.
"Umat Islam di Malaysia harus bersyukur kerana mereka hidup dalam sebuah negara yang aman, makmur dan berjaya membangun sebagai contoh yang ingin dicontohi oleh negara-negara Islam lain," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul UMNO Bahagian Pagoh di Masjid Jamek Kampung Jorak, Bukit Pasir di sini malam ini.
Katanya, paling membanggakan negara berjaya memupuk ukhwah bukan sahaja antara sesama Islam tetapi antara masyarakat Islam dengan bukan Islam sehingga ia menjadi satu model sebuah negara Islam yang baik.
"Kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain sehingga kita berjaya mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu tanpa mengira agama," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata dengan perdamaian dan perpaduan itulah akan dapat digunakan untuk membangunkan umat Islam dalam bidang iktisad, sahsiah, pendidikan dan budaya.
"Kita nak melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang yang bukan hanya dalam hubungan antara sesama sendiri tetapi maju dalam bidang pembangunan minda, pendidikan, iktisad dan lain-lain," katanya.
Bernama
Thu Feb 14 2013
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Jangan lakukan perubahan melalui kekerasan- TPM
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mengikut masyarakat di sesetengah negara Islam di Timur Tengah yang mahu membuat perubahan melalui kekerasan.