Hormati kerajaan yang dipilih secara demokratik dan tegakkan agenda pembaharuan seperti yang dijanjikan kepada rakyat, demikian ditegaskan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah hari ini.
Katanya, semua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mempunyai kewajipan untuk memberikan komitmen mereka kepada pengundi yang telah meletakkan kepercayaan kepada mereka, sekali gus memberi kemenangan kepada PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Dalam satu kenyataan, Maria menegaskan sebarang perubahan perlu melalui proses pilihan raya secara demokratik dan lain-lain percubaan boleh dianggap menentang kehendak rakyat.
"Pelbagai cabaran masih perlu diselesaikan dan pelbagai polisi reformasi masih lagi belum terlaksana seperti kesaksamaan ekonomi, pilihan raya bersih dan bebas dan pembasmian penyelewangan dari setiap lapisan masyarakat kita.
"Pakatan perlu kekal komited dengan visi dan idealisme reformasi, memperkukuhkan akar umbi dan bersatu dalam menghadapi polemik peralihan kuasa," katanya.
Katanya, wakil rakyat harus kekal komited dengan visi untuk menumpukan perhatian terhadap ekonomi dan kegelisahan rakyat, seperti peningkatan harga barangan dan pembasmian kemiskinan; serta menghormati mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan semasa dan memberi ruang untuk ia mentadbir sepenuhnya.
"Sekiranya pengstrukturan semula diperlukan, ia hanya boleh dilakukan secara bersekali. Semangat perjuangan PH untuk memastikan kemakmuran bersama dan melaksanakan reformasi mesti dikekalkan.
"Sebarang perubahan yang lain tidak boleh dilaksanakan melainkan melalui proses demokrasi. Sebarang percubaan melakukan sebaliknya adalah bertentangan dengan kehendak rakyat," tambahnya.
Maria mengeluarkan kenyataan tersebut susulan perkembangan politik negara yang menyaksikan seakan-akan satu krisis ketika ini, yang memungkinkan terjadinya pertukaran pakatan memerintah.
Astro Awani
Mon Feb 24 2020
Maria menegaskan sebarang perubahan perlu melalui proses pilihan raya secara demokratik. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.