awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan layan kumpulan ekstremis dalam negara - Tun Dr Mahathir

Bernama
Bernama
28/10/2013
23:35 MYT
Jangan layan kumpulan ekstremis dalam negara - Tun Dr Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak harus melayan tuntutan oleh kumpulan ekstremis di dalam negara ini.
Sebaliknya, katanya, kerajaan harus memahami pemikiran kumpulan sederhana dan menyakinkan mereka untuk bekerja bersama-sama bagi mengalakkan kestabilan dalam negara.
Melayan permintaan esktremis akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan membahayakan pertumbuhan negara, katanya ketika berucap pada Siri 17 Wacana Perdana bertajuk 'Trend Politik Semasa dan Kesan terhadap Hala Tuju Ekonomi dan Sosial di Malaysia' di sini Isnin.
Wacana itu dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Dr Mahathir berkata persepsi bahawa kerajaan adalah 'lemah' kerana gagal mendapatkan mandat besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas, telah menyebabkan unsur-unsur ekstremis daripada pembangkang membuat pelbagai tuntutan.
"Jika anda fikir kumpulan ekstremis akan mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan dan memberi sokongan mereka selepas tuntutan mereka dipenuhi...maka anda silap," kata perdana menteri keempat negara selama 22 tahun itu.
"Saya berharap kumpulan sederhana akan kekal dalam negara dan berani membuat pilihan...bukan demi kepentingan sendiri tetapi untuk kebaikan negara, politik dan masyarakat," katanya.
Oleh itu, beliau menggesa majoriti sederhana supaya mempunyai keberanian untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai situasi politik semasa sambil menjelaskan bahawa kerajaan perlu memberi lebih tumpuan kepada majoriti senyap.
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana, Tan Sri Azman Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Tan Sri Dr Michael Yeo dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.
Topic Berkaitan
#ekstremis
#Mahathir Mohamad
#wacana perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan