NATIONAL
Jangan mudah kongsi, sebar video kanak-kanak mangsa cabul - Nancy

Nancy Shukri (foto) meminta orang ramai dan pengguna media sosial untuk tidak berkongsi video mangsa cabul di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, kerana kanak-kanak perempuan tersebut dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. -Gambar fail
IPOH: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri meminta orang ramai dan pengguna media sosial tidak sewenang-wenang berkongsi video mangsa cabul di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Feb lepas.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Nancy Shukri meminta orang ramai dan pengguna media sosial untuk tidak berkongsi video mangsa cabul di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, kerana kanak-kanak perempuan tersebut dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
- Nancy menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu kes tersebut, termasuk memberi pandangan mengenai kebajikan mangsa dan keluarganya.
- Beliau juga memohon pihak masjid memperketat aspek keselamatan, seperti menggunakan CCTV dan fasiliti keselamatan lain, untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang terutama menjelang Ramadan.
Nancy berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu kes itu, termasuk memberi pandangan terutama isu berkaitan kebajikan mangsa serta keluarganya.
Dalam pada itu, beliau turut memohon pihak masjid memperketat aspek keselamatan supaya kejadian sama tidak berulang terutama menjelang Ramadan dan umat Islam akan menunaikan solat tarawih.
"CCTV (kamera litar tertutup) dan fasiliti keselamatan lain boleh digunakan supaya tidak ada pihak yang boleh mengambil kesempatan dengan mudah di dalam kawasan masjid," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami