IPOH: Penceraian dalam perkahwinan adalah satu perbuatan yang tidak perlu diraikan dengan kegembiraan, apatah lagi gurauan, kata Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.
Beliau berkata, sekiranya perkara itu dijadikan bahan gurauan dan dipertontonkan pula kepada umum, ia memberi gambaran seperti menormalisasikan penceraian.
Menurutnya, walaupun penceraian tidak dilarang dalam Islam dan dibolehkan untuk situasi tertentu, namun ia adalah satu perbuatan yang tidak disukai ALLAH.
"Ia adalah perbuatan yang tidak perlu diraikan dengan kegembiraan yang dipamerkan kepada orang lain.
"Jika dijadikan bahan gurauan, seperti menormalisasikan penceraian, walhal ia berlawanan dengan maqasid syariah dalam perkahwinan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.
Pada Khamis, tular satu video di media sosial memaparkan pasangan suami isteri berjoget di hadapan pejabat agama selepas disahkan bercerai.
Video berdurasi 14 saat itu memaparkan seorang wanita menari bersama bekas suami di hadapan Kompleks Pentadbiran Agama Islam, Teluk Intan sebaik bergelar janda.
Tindakan kedua-dua individu terbabit bagaimanapun mengundang rasa kurang senang orang ramai yang menganggap ia satu tindakan tidak beradab serta memalukan diri.
Sementara itu, Zamri berkata, Islam memandang tinggi institusi kekeluargaan sebagai komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat, seterusnya negara.
Justeru, katanya, perceraian harus dianggap sebagai jalan dan langkah terakhir diambil pasangan suami isteri untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 11 2021

Zamri berkata, Islam memandang tinggi institusi kekeluargaan sebagai komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat, seterusnya negara. - Gambar hiasan

Tandas awam Plaza Tol Tapah ditutup esok sehingga 11 Ogos
Tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup selama dua bulan mulai esok hingga 11 Ogos bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf kemudahan tersebut.

Wan Saiful mohon ketepikan tuduhan kes rasuah
Wan Saiful memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dihadapinya.

Meneladani Korea Selatan: Mengambil contoh pada yang sudah, mengambil tuah pada yang menang
Korea Selatan menghargai bahasanya dengan mengisytiharkan 9 Oktober sebagai cuti umum bagi memperingati Hari Hangeul atau Hari Abjad Korea.

Harga petrol RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM3.35 seliter kepada RM3.37 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Jun.

Isu air di UMS, Anwar umum peruntukan RM3 juta
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ujian rintis 'SmartLane' di Lebuhraya ELITE bermula esok, bantu lancar trafik USJ-Seafield - PLUS
Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula esok sehingga 31 Ogos.

Zahid gesa SKMM pantau hantaran isu agama, perkauman oleh pemimpin politik
Dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendapati sememangnya ada pemimpin politik yang cuba menyentuh isu sensitif itu di media sosial.

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".

Angkasawan persendirian AS tamat misi, pulang ke bumi
Kapal angkasa Dragon SpaceX yang membawa empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke bumi sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.

Perak benar amal Tarekat Naqsyabandiah bersyarat
Kerajaan negeri Perak membenarkan amalan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani secara bersyarat melalui pewartaan fatwa mengenainya pada 22 Julai lalu.

Zamri tidak berkecil hati tidak dilantik sebagai Mufti Perak
Pelantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Negeri Perak baharu merupakan keputusan dan kebijaksanaan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

'Jemaah umrah palsukan sijil vaksin zalim'
Pemalsuan itu, dibimbangi akan memberi kesan kepada pemilik sijil vaksinasi yang sah untuk menunaikan haji dan umrah pada masa akan datang.

Jangan normalisasikan penceraian - Timbalan Mufti
Sekiranya dijadikan bahan gurauan dan dipertontonkan kepada umum, ia memberi gambaran seperti menormalisasikan penceraian.

MAQIS rampas lebih 2,000 pokok orkid dari Taiwan
Rampasan di kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) itu adalah kerana tidak mematuhi syarat import.

MAQIS Selangor rampas 25,000kg kubis dari China
Kubis bulat yang cuba dibawa masuk dari China itu dipercayai mempunyai lebih daripada seekor serangga perosak pada setiap kubis yang diimport.

Allahyarham Harussani berpegang pada prinsip, berani - Timbalan Mufti Perak
Pemergian Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria merupakan kehilangan besar buat umat Islam di negara ini.

Mufti Perak, isteri positif COVID-19
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu disahkan Timbalan Mufti, Datuk Zamri Hashim.

MAQIS rampas 48 tan udang dari Iran
Hasil pemeriksaan rutin dilakukan oleh pegawai penguat kuasa pada 12.30 tengah hari itu mendapati dua kontena terbabit membawa 4,000 kotak udang sejuk beku tanpa permit import yang sah.

Maqis tahan anjing German Shepherd di KLIA
Maqis menahan seekor anjing baka German Shepherd di KLIA selepas nombor mikrocip pada haiwan itu berbeza dengan dokumen permit import.