awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan pandang enteng 'love scammer'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/01/2019
23:41 MYT
Jangan pandang enteng 'love scammer'
Pegawai polis wanita juga hampir tewas dengan ayat-ayat manis 'love scammer'.
Sindiket love scam bukan sesuatu yang boleh dipandang mudah kerana ia didalangi mereka yang sangat pakar dalam 'mengayat' wanita.
Ia terbukti apabila pegawai polis wanita yang ditugaskan untuk melayan mereka untuk mendapatkan maklumat, hampir terpedaya dengan kata-kata manis mereka.
"Love scam ini bukan satu perkara enteng yang boleh dijadikan jenaka. Saya telah aturkan pegawai-pegawai wanita untuk melayan mereka, dan pegawai-pegawai ini juga terperangkap dan terpedaya dengan mereka," kata Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di ibu negara, pada Jumaat.
Bukan sahaja lelaki, pihak berkuasa juga mengesan scammers dalam kalangan wanita.
Modus operandi love scammers adalah meminta mangsa memindahkan sejumlah wang, dengan alasan ia merupakan cukai atau processing fee untuk hadiah yang dikatakan akan dihantar.
Sindiket yang didalangi oleh penjenayah dari benua Afrika itu mencatatkan kerugian berjumlah RM500,000, setakat September 2018.
Laporan media sebelum ini menyebut anggota sindiket tidak mempunyai spesifikasi tertentu, sebaliknya memilih individu secara rambang di alam maya untuk dijadikan mangsa.
Mangsa sindiket ialah golongan profesional seperti doktor, peguam, guru, pensyarah, pegawai bank dan ahli perniagaan.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#jenayah
#love scam
#mangsa
#Saiful Azly Kamaruddin
#sindiket
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan