Jangan panik, hanya Gmail asas HTML sahaja akan dihentikan

Amanz
Februari 24, 2024 03:43 MYT
Yang akan dihentikan hanyalah Gmail asas HTML (Gmail basic HTML) yang menggunakan rekaan asal perkhidmatan yang dilancarkan pada tahun 2024. -Amanz
MUNCUL keributan di beberapa media sosial yang mendakwa Google akan mematikan Gmail bermula Ogos 2024.
Ini adalah tidak benar sama sekali dan adalah salah faham beberapa pengguna yang diberikan peringatan oleh Google.
Yang akan dihentikan hanyalah Gmail asas HTML (Gmail basic HTML) yang menggunakan rekaan asal perkhidmatan yang dilancarkan pada tahun 2024.

Gmail is here to stay.

— Gmail (@gmail) February 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Google sekadar tidak akan menyokong lagi versi ini. Pengguna akan secara automatik diubah ke versi Gmail Standard View selepas ini bagi memberikan pengalaman yang lebih konsisten dengan keperluan moden.
Selama ini Gmail asas HTML dikekalkan sokongannya bagi mereka yang lebih selesa dengan antara muka yang lebih asas atau golongan OKU pengguna perisian pembaca skrin yang hanya menyokong versi HTML. -Amanz
#Gmail #Gmail basic HTML #Google #Gmail Standard View