awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan percaya pakej umrah terlalu murah - MATTA

Najib Aroff
Najib Aroff
27/12/2017
08:40 MYT
Jangan percaya pakej umrah terlalu murah - MATTA
Jemaah harus membandingkan dahulu harga yang ditawarkan dan tidak mempercayai tawaran harga yang jauh lebih murah - Foto AstroAWANI
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai sebarang pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat mahupun individu yang bertindak sebagai orang tengah jika harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari harga pasaran, kata Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dalam satu kenyataan.
Naib Presiden Umrah dan Haji MATTA, Shahrulnezam Mohd Daud berkata, jemaah seharusnya berhubung terus dengan syarikat pelancongan yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) dan tidak berurusan dengan orang tengah.
“Jemaah harus membandingkan dahulu harga yang ditawarkan dan tidak mempercayai tawaran harga yang jauh lebih murah,” katanya di sini, hari ini.
Beliau turut menggesa pihak polis meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap individu yang bertindak sebagai orang tengah.
Dalam pada itu Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang menggesa pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menggantung lesen penggendali pelancongan yang menipu dan bertukar pelanggan.
“Setiap ahli MATTA harus mematuhi Kod Etika dan sesiapa yang didapati terlibat dalam penipuan akan dibuang keahlian,” katanya
Kenyataan itu sebagai mengulas laporan bahawa sejumlah 453 jemaah umrah Malaysia gagal pulang ke negara sejak 22 Disember, seperti dijadualkan selepas terkandas dua kali di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah.
Kumpulan itu telah ke Arab Saudi pada 11 Disember lalu selepas membayar pakej umrah yang ditawarkan sebuah agensi pelancongan.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Datuk Tan Kok Liang
#Haji
#Madinah
#Malaysia
#MATTA
#pelancongan
#polis
#Shahrulnezam Mohd Daud
#tipu umrah
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan