MALAYSIA
Jangan politikan isu kelewatan bantuan banjir - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah berkenan mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang di Kuantan pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat agar tidak mempolitikkan isu kelewatan bantuan banjir, khususnya yang berlaku pada hari-hari awal bencana.
Titah baginda, keadaan banjir yang berlaku secara mendadak menyukarkan proses penyelarasan bantuan.
Baginda bertitah, kelewatan tersebut bukan disengajakan dan semua pihak telah berusaha sedaya upaya untuk membantu mangsa terjejas.
"Ada kelewatan, bukan sengaja. Saya harap kita tidak mempolitikkan kelewatan pada hari itu, kerana terdapat banyak masalah. Kadang-kadang, mereka terkejut apabila banjir berlaku sekelip mata.
"Alhamdulillah, saya harap perkara ini tidak akan berlaku pada masa hadapan.
"Kita mesti bersedia terutamanya kerajaan dan tukang masak. Saya sedar, gelombang kedua akan datang minggu depan," titah baginda.
Baginda bertitah di demikian ketika berkenan mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang di Kuantan pada Sabtu.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah melakukan tinjauan udara menggunakan helikopter di beberapa kawasan terjejas sepanjang Sungai Pahang di Pekan, Sungai Lembing, Lepar serta sekitar bandar Kuantan.
"Hasil tinjauan mendapati kebanyakan kawasan yang dinaiki air telah pulih sepenuhnya, walaupun masih terdapat beberapa jalan terputus di kawasan tertentu seperti Pulau Manis dan Bukit Kenau, namun keadaan itu dijangka bersifat sementara," titah baginda.
Dalam titahnya, baginda menyeru rakyat negeri itu agar terus berdoa kepada Allah S.W.T. supaya cuaca bertambah baik dan bencana banjir dapat ditangani dengan sebaiknya.
Baginda menegaskan bahawa kesabaran dan doa adalah sebahagian daripada iman, terutama ketika berdepan ujian besar seperti bencana alam.
Baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertugas di PPS termasuk Polis Diraja Malaysia, (PDRM) Angkatan Pertahanan Awam, (APM) Jabatan Kesihatan Negeri serta pertubuhan bukan kerajaan yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir.
Pada masa sama, baginda menasihatkan penghuni PPS agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga, khususnya kanak-kanak supaya tidak bermain di kawasan berbahaya seperti tepi sungai.
Selain itu, Sultan Pahang menekankan kepentingan menjaga kebersihan di PPS bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit seperti influenza, COVID-19 dan denggi.
Baginda berharap semua pihak dapat bekerjasama menjaga kemudahan awam termasuk tandas agar persekitaran PPS sentiasa bersih dan selamat.
Baginda juga mengingatkan agar semua pihak terus bersiap siaga berikutan kemungkinan gelombang banjir seterusnya, serta meminta mangsa agar tidak tergesa-gesa meninggalkan PPS.
"Saya menyeru rakyat agar terus bersabar, memperkukuh doa dan kebergantungan kepada Allah S,W.T. dalam menghadapi dugaan ini.
"Saya harap kita mesti bersabar di sini. Kesabaran adalah sebahagian daripada iman. Dan doa kita adalah sebahagian daripada ibadah kita," titah baginda.