awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan runtuhkan perpaduan dua negara kerana pengaruh ekstremis - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
09/01/2017
15:32 MYT
Jangan runtuhkan perpaduan dua negara kerana pengaruh ekstremis - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis mengingatkan umat Islam mengambil serius pengaruh golongan ekstremis yang mampu meruntuhkan perpaduan antara negara. - Gambar fail
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan umat Islam mengambil serius pengaruh golongan ekstremis yang mampu meruntuhkan perpaduan antara negara.
Baginda bertitah perjuangan golongan pelampau tersebut hanya untuk memenuhi kepentingan peribadi tanpa mempedulikan perpaduan umat Islam.
"Umat Islam hari ini perlu sedar mengenai isu ini dan berusaha menjadi umat yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan," titah baginda pada pertemuan dengan masyarakat Islam di Pusat Islam Nakhon Si Thammarat di sini, hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah hubungan kebudayaan dan sejarah antara Perlis dengan Nakhon Si Thammarat yang terjalin erat, mesra dan kukuh hendaklah dipelihara.
Menurut baginda menerusi 'tasamuh' iaitu toleransi atau tolak ansur, akan berlaku penyatuan yang pelbagai yakni perpaduan dalam perbezaan.
"Umat Islam tidak boleh hilang punca dan hendaklah merujuk kepada al-Quran dan sunah apabila menghadapi kebuntuan. Segala pe-ran-cang-an pembangunan dan kemajuan berjalan lancar jika umat Islam bersatu padu," tambah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah umat Islam di seluruh dunia juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang sahih dalam menghadapi cabaran, perubahan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi yang mentafsirkan Islam mengikut fahaman berbeza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nakhon Si Thammarat
#Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan