Kerajaan sentiasa fokus dalam usaha membantu mengurangkan jurang kaya dan miskin baik di bandar mahupun luar bandar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun dalam masa yang sama, mereka yang berpendapatan rendah, tegas Perdana Menteri, perlu jujur dalam meraih peluang yang disediakan oleh kerajaan, termasuk mengejar pendidikan untuk memperbaiki status sosioekonomi mereka.
"Kita ingin tentukan semua kontrak dan peluang yang akan diwujudkan nanti digunakan secara tersusun dan tertib.
"Kalau ada yang kita dapati menjual peluang yang diberikan, kita akan tarik balik peluang-peluang itu daripada mereka yang membeli," ujar Dr Mahathir.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama rakan strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Putrajaya, pada Khamis.
Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Acara itu dianjurkan bagi mempromosi dan memberi penerangan berkaitan program kementerian melalui penyertaan syarikat-syarikat swasta dan korporat yang baru dan berpotensi menjadi rakan strategik kementerian dalam usaha membangunkan sosio ekonomi masyarakat kawasan luar bandar di seluruh negara.
Tambah Dr Mahathir lagi, tindakan sesetengah pihak yang mahu mendapatkan keuntungan yang cepat telah menghalang kejayaan dasar kerajaan yang bertujuan membantu golongan miskin.
"Sambutan rakyat yang miskin terhadap usaha kementerian perlu ada. Kalau kita ada idea dan dasar yang baik, tetapi tidak diterima dengan baik atau disalah guna, dasar itu takkan berjaya atasi masalah kemiskinan.
"DEB (Dasar Ekonomi Baharu) wujudkan peluang untuk meraih kekayaan, tetapi ada yang salah guna.
"Yang terima kontrak contohnya, mereka jual. Dapat bantuan kerajaan, mereka cari jalan mudah dengan menjualnya kepada pihak lain untuk dapatkan keuntungan lebih awal.
"Akhirnya wang mereka dibelanja habis, tetapi mereka tetap tidak berjaya keluar daripada kemiskinan," tambah beliau lagi.
Dr Mahathir turut mengulangi seruannya kepada usahawan luar bandar untuk menggunakan teknologi moden bagi meningkatkan mata pencarian mereka.
"Hari ini pasaran begitu luas, walaupun untuk pengusaha di kampung-kampung. Apa sahaja produk boleh dijual bukan sahaja ke bandar-bandar besar, tetapi juga ke seluruh dunia, melalui pemasaran atas talian.
"Dari segi pertanian pula contohnya, teknologi tidak memerlukan tanah atau ruang yang besar untuk menanam sayur-sayuran dalam jumlah yang banyak, sehingga membolehkan ia dijual setiap hari," ujarnya lagi.
Madiha Abdullah
Thu Jan 30 2020
Dr Mahathir menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra bersama Rakan Strategik KPLB di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 30 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.