Jangan selesa dengan kekuatan kerajaan hanya kerana pembangkang lemah - Penganalisis

Anwar mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn Kuala Lumpur. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak wajar berasa selesa dengan kekuatan dan kestabilan yang wujud ketika ini, hanya kerana pembangkang berada dalam keadaan yang lemah.
Ringkasan AI
- Kerajaan tidak boleh terlalu selesa dengan kelemahan pembangkang, sebaliknya perlu bina kekuatan dalaman gabungan untuk kekalkan kestabilan.Kerangka MADANI digunakan untuk menangkis naratif pembangkang melalui pembudayaan ilmu dan penekanan kepada dasar pro-rakyat.Penganalisis gesa hentikan politikkan inisiatif rakyat dan fokus kepada pembangunan negara selepas pilihan raya, bukan terus bermain politik.
“Dalam konteks ini, saya fikir walaupun pembangkang nampak lemah, tetapi sejauh mana kerajaan telah membina kekuatannya sendiri dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
“Memang ada jurang yang perlu dibaik pulih dan ditambah baik. Tetapi kita tidak boleh lihat kepada kelemahan lawan semata-mata untuk melihat masa depan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Kamil Munim menjelaskan, kerajaan akan terus kukuh, bergerak ke hadapan dengan lebih baik dengan lebih banyak inisiatif yang akan dilaksanakan untuk rakyat.
Kamil turut secara sinis mengucapkan selamat bertempur sesama sendiri kepada gabungan pembangkang.
Tambah Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu lagi, kerajaan melalui Kerangka MADANI menggunakan strategi pembudayaan tradisi ilmu untuk menangkis naratif pembangkang yang berterusan menyanggah inisiatif pro-rakyat yang dilaksanakan.
“Kerajaan melalui Kerangka MADANI menekankan soal pembudayaan tradisi ilmu dan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai tuntutan sebenar agama. Agama bukan bermaksud kerja kita ialah menghukum; bukan menghina dan mencerca, sebaliknya dasar yang baik.
“Contohnya, apabila inisiatif basmi kemiskinan tegar diperkenalkan, yang secara logiknya semua orang boleh bersetuju untuk noktahkan kemiskinan tegar ini.
“Tetapi barangkali kerana idea ini diangkat dengan kuat oleh Perdana Menteri dan tindakan menyokong inisiatif ini dilihat tidak memberi kelebihan kepada lawan politik, maka diolah segala nas dan dalil untuk menyanggah pandangan (pembasmian miskin tegar) itu,” katanya.
Sivamurugan turut berkongsi nada yang sama dengan menyatakan tidak wajar untuk mana-mana pihak mempolitikkan inisiatif pro-rakyat yang telah dilaksanakan.
Menurutnya, pertembungan hanya wajar berlaku semasa tempoh pilihan raya dan selepas itu, usaha perlu ditumpukan untuk membangun negara.
"Mengapa di peringkat bawahan, sentimen (kerajaan pro-rakyat) itu seolah-olah gagal diterjemahkan, hanya disebabkan oleh percaturan politik? Sampai bila kita mahu ikat semua ini dengan permainan politik.
“Ini kerana, saya fikir hanya di Malaysia sehari selepas pilihan raya, sudah bermula pilihan raya baharu. Seolah-olah masih mahu bermain elemen politik tanpa membelakangkan kefahaman berbeza demi pembinaan negara bangsa ini.
"Sesiapa yang mahu ubah kerajaan, ubah ketika pilihan raya; bukan sekarang. Tindakan ini akan membolehkan pencapaian yang dinikmati ketika ini bukan sekadar angka tetapi dirasai secara berterusan,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


