awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan sisihkan pekerja bawahan ketika syarikat raih keuntungan besar - PM

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
04/11/2025
11:00 MYT
Jangan sisihkan pekerja bawahan ketika syarikat raih keuntungan besar - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pelajar-pelajar daripada Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR : Syarikat-syarikat besar yang meraih keuntungan yang tinggi diingatkan supaya tidak mengabaikan kebajikan pekerja bawahan termasuk petugas pembersihan terutamanya dalam soal pendidikan ahli keluarga mereka.

Ringkasan AI
  • Syarikat-syarikat besar perlu memberi perhatian kepada kebajikan pekerja bawahan, termasuk petugas pembersihan, terutamanya dalam isu pendidikan ahli keluarga mereka, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Anwar menegaskan konsep negara menuntut keadilan sosial dan keprihatinan terhadap semua lapisan pekerja, menyeru agar syarikat tidak hanya mengejar keuntungan tanpa mengambil kira keadaan pekerja bawahan.
  • Beliau menekankan bahawa kejayaan sebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada pakar perubatan, tetapi juga sumbangan daripada semua warga kerja termasuk jururawat, juruteknik, dan petugas kebersihan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ,menegaskan bahawa konsep negara menuntut keadilan sosial dan keprihatinan terhadap semua lapisan pekerja, yang turut menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi.
“Syarikat sudah untung berbilion, tapi bagaimana nasib pekerja bawahan? Bagaimana pendidikan anak-anak mereka, tempat tinggal mereka, kemudahan asas mereka? Jangan semua ini dibebankan kepada kerajaan semata-mata,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian bersama warga Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara, hari ini.
Menurut beliau, kejayaan IJN yang diiktiraf antara pusat rawatan terbaik di dunia bukan hanya hasil kepakaran pakar perubatannya, tetapi juga sumbangan besar semua warga kerja termasuk jururawat, juruteknik dan petugas kebersihan.
“Kejayaan IJN bukan hanya kerana pakar dan kemudahan moden, tetapi juga kerana yang tukang cuci, yang menjaga kebersihan hospital. Tanpa mereka, kejayaan itu tidak akan tercapai.
“Yang terbaik dan teratas harus dihargai, tetapi yang di bawah juga ada maruah dan semangat. Itulah nilai kemanusiaan yang perlu kita pegang,” katanya.
Anwar turut menyeru rakyat, khususnya golongan muda, supaya menanam sikap menghargai jasa semua individu di sekeliling mereka termasuk guru, ibu bapa dan pekerja sokongan sebagai asas kepada pembentukan masyarakat yang berperikemanusiaan.
“Saya mahu Malaysia ini punya sikap kemanusiaan yang tinggi. Jangan lupa menghargai setiap sumbangan, walaupun kecil,” tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#keadilan pekerja
#pekerja kebersihan
#IJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan