awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan sorok gula semasa Tahun Baharu Cina - KPDN Kedah

Bernama
Bernama
06/02/2024
15:22 MYT
Jangan sorok gula semasa Tahun Baharu Cina - KPDN Kedah
Muhammad Nizam berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan berkaitan kesalahan menyorok barang kawalan berkenaan. - Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi amaran kepada peniaga di negeri itu supaya tidak menyorok bekalan gula semasa perayaan Tahun Baharu Cina.
Pengarahnya Muhammad Nizam Jamaludin berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan berkaitan kesalahan menyorok barang kawalan berkenaan.
"Jangan sorok barang kawalan termasuk gula dan ikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh KPDN. Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga dan peruncit yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan," katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Beliau berkata peniaga yang didapati melakukan kesalahan menyorok barang kawalan boleh disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sementara itu, Muhammad Nizam berkata bekalan makanan di pasaran Kedah masih mencukupi dan tidak berlaku sebarang pembelian panik setakat ini.
"Sebanyak 176 penguat kuasa KPDN terus melakukan pemantauan di lokasi-lokasi seperti pusat beli-belah, pasar tani dan pasar awam bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan telah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata sebarang aduan boleh dilakukan melalui beberapa saluran antaranya menghubungi Pejabat KPDN Kedah di talian 04-7001745 atau WhatsApp di 019-8488000 dan 019-2794317.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#Tahun Baharu Cina
#mematuhi peraturan
#barang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan