awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan taksub sistem ranking - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
19/11/2023
05:52 MYT
Jangan taksub sistem ranking - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled (dua, kiri) melawat reruai kesihatan selepas merasmikan Majlis Sambutan 40 Tahun Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Dewan Utama Kampus Kesihatan HUSM, Kubang Kerian hari ini. - Foto
KOTA BHARU: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan institusi pengajian tinggi di negara ini supaya tidak terlalu taksub kepada sistem ranking atau penarafan kedudukan universiti.
Beliau berkata sudah banyak penulisan dikeluarkan mengenai sistem ranking, malah badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) turut melahirkan kebimbangan supaya sistem tidak diterima bulat-bulat.
"Tidak boleh mengukur secara umum semua universiti kerana setiap universiti diwujudkan untuk matlamat berbeza. Ukuran yang digunakan itu mungkin sesuai untuk negara-negara maju (tetapi) tak sesuai untuk di kebanyakan negara lain.
"Jadi ranking hanya boleh digunakan untuk lihat mungkin kedudukan, tetapi bukannya dijadikan sebagai asas sesebuah universiti itu cemerlang, baik ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sambutan 40 Tahun Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah HUSM Profesor Datuk Dr Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan Pengerusi Lembaga Gabenor USM Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.
HUSM yang beroperasi sejak tahun 1983 sehingga kini telah melahirkan lebih 2,000 orang pakar perubatan rentas bidang dengan melalui pelbagai evolusi dalam melaksanakan fungsinya sebagai sebuah Hospital Pengajar Universiti (HPU) dan menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Khaled meminta semua HPU dalam sistem pendidikan tinggi untuk bekerjasama serta berkongsi sumber, kepakaran serta bergerak secara strategik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Pendidikan Tinggi
#Mohamed Khaled Nordin
#sistem ranking
#penarafan kedudukan universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan