Jangan tangkap, biar yang menghina bersemuka dengan saya - TMJ

Nizam Bakeri
Mei 30, 2016 02:49 MYT
Tengku Mahkota Johor dalam temuramah tersebut turut mengingatkan para pembaca tentang pencapaian baginda dalam bidang sukan sejak kecil sehingga bergelar pemilik JDT - Foto fail
Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini bertitah agar pihak polis tidak menangkap mana-mana individu yang membuat kenyataan menghina baginda.
Dalam temuramah eksklusif yang dikongsi di laman Facebook Johor Southern Tigers, baginda turut mengusulkan agar pihak berkuasa menganjurkan pertemuan antara individu tersebut dengan baginda.
“Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya,” titah baginda.
BACA: Individu hina TMJ ditahan di Selangor malam tadi - Ketua Polis Johor
BACA: Polis ingin hubungi lelaki bantu selesai kes hina institusi diraja Johor
Tengku Mahkota Johor dalam temuramah tersebut turut mengingatkan para pembaca tentang pencapaian baginda dalam bidang sukan sejak kecil sehingga bergelar pemilik JDT.
“Nama saya dinyanyikan ribuan orang apabila saya memasuki stadium,” tambah baginda.
#hina TMJ #JDT #TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim