Tajuk berita atau news headline sepatutnya berpaksi kepada inti pati sesebuah berita, kerana ia merupakan
prinsip etika kewartawanan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tajuk berita mesti diangkat daripada intro atau perenggan pertama sesebuah berita itu.
"Bagaimanapun, apa yang didapati sekarang, ada news headline yang mengelirukan, tidak sepenuhnya menggambarkan kandungan berita yang ditulis malah kadangkala lari daripada isinya, laporan atau berita disensasikan, penulisan dibuat di luar konteks.
"Saya membaca surat khabar dan melayari portal berita...rutin harian saya sejak dari dulu dan kini semestinya lagi di kementerian yang bertanggungjawab penuh ke atas media," katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau, sskeruak.blogspot.com hari ini.
Dalam era masa kini, setiap detik banyak maklumat mengalir masuk, bermacam cerita dari pelbagai sudut penulisan dibuat, katanya.
Salleh berkata antara media massa dan portal berita, ada perbezaan dan kelainan pendekatan, bagi menarik perhatian pembaca, dan beliau perhatikan ada kecenderungan mencari tajuk news headline yang sensasi, kontroversi, spekulasi dan provokasi.
"News headline biasanya ditentukan oleh editor dan bukannya wartawan atau penulis yang tertera by-line pada laporan itu, maka, pemilihan sesuatu news headline itu bergantung kepada justifikasi dan integriti seseorang editor.
"Setiap editor mempunyai asas, cara dan pendekatan masing-masing, lazimnya editor memilih sesuatu tajuk yang dapat 'menjual' suratkhabar, justeru, editor akhbar atau pengendali portal berita perlu lebih berhati-hati kerana mereka bertanggungjawab penuh ke atas apa yang diterbitkan," katanya.
Pembaca juga kena lebih berhati-hati, jangan sekadar melihat kepada tajuk atau news headline saja kerana isi cerita kadangkala tidak sama dengan tajuknya, pembaca juga harus melakukan self censorship, katanya.
Bernama
Sun Dec 27 2015
SALLEH: Ada sesetengah penulisan dibuat di luar konteks.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
'Tindakan haramkan komik propaganda bukan kerana desakan politik'
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengharaman ke atas penerbitan tersebut dilakukan selepas kementerian mendapati wujud asas yang kukuh berdasarkan isi kandungannya.
Jangan tengok 'headline' saja, baca isinya - Salleh Said Keruak
Ada tajuk berita yang tidak sepenuhnya menggambarkan kandungan berita yang ditulis malah kadangkala lari daripada isinya, selain laporan atau berita disensasikan.