awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terpedaya dengan pengemis siber

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2017
08:19 MYT
Jangan terpedaya dengan pengemis siber
Jailani berkata orang ramai perlu berhati-hati dengan kutipan derma yang dilancarkan. -Gambar fail
Jangan terpedaya dengan pengemis siber yang mengambil kesempatan berhubung insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata orang ramai perlu berhati-hati dengan kutipan derma yang dilancarkan itu.
Jailani berkata masyarakat perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum menyumbangkan derma.
“Selidik terlebih dahulu sebelum menderma, jangan terpedaya kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu ambil kesempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Pasar Tani Kuala Ping, Hulu Terengganu, pada Jumaat.
Menurutnya masyarakat malaysia sangat prihatin dengan sesuatu insiden kononnya bersimpati namun dalam masa yang sama mengambil peluang dengan melakukan perkara sebaliknya.
Sementara itu, Jailani berkata pihaknya sedang memantau aktiviti menular gambar berhubung insiden kebakaran itu bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jelasnya, menerusi beberapa laman sosial ada yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berbaur mencela dan sebagainya terhadap kes tersebut.
“Pihak SKMM telah terima aduan dan kita akan ambil tindakan. Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233,” tambahnya.
Dalam insiden kebakaran itu, seramai 23 orang penghuni pusat tahfiz itu telah terkorban.
Topic Berkaitan
#Jailani Johari
#kebakaran
#Kuala Lumpur
#laman sosial
#PDRM
#SKMM
#tabung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan