[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
MALAYSIA

Jangan terpedaya GST akan naik - PM Najib

Bernama 01/05/2018 | 20:52 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan GST, yang berkuat kuasa pada 1 April, 2015, kekal pada kadar enam peratus. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menempelak pakatan pembangkang yang memfitnah kononnya kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan kepada sembilan peratus sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Najib mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan fitnah itu yang disifatkannya sebagai pembohongan besar pembangkang.
Beliau sebaliknya menegaskan GST, yang berkuat kuasa pada 1 April, 2015, kekal pada kadar enam peratus.
"Mereka sebenarnya janjikan pengembalian SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) 10 + 6%. Pada 9 Mei kalau undi Harapan, 10 Mei mereka laksanakan. Tanyalah mereka," katanya.
Beliau turut memuat naik gambar memaparkan fitnah berkenaan di laman Twitternya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#cukai barang dan perkhidmatan #enam peratus #fitnah #GST #MalaysiaMemilih #Najib Razak #pembangkang #PRU14 #SST #Twitter