awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terpedaya muslihat along - Mohammad Shatar

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2021
13:33 MYT
Jangan terpedaya muslihat along - Mohammad Shatar
Sindiket along akan sentiasa menawarkan pinjaman mudah dan segera terutama kepada golongan yang terkesan untuk dijadikan mangsa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau along yang giat mencari pelanggan ketika rakyat di negara ini dihimpit kesusahan kesan penularan wabak COVID-19.
Pakar Sains Sosial, Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran, berkata golongan itu akan sentiasa menawarkan pinjaman mudah dan segera terutama kepada golongan yang terkesan untuk dijadikan mangsa.
Katanya, umum mengetahui apabila seseorang dibelenggu hutang along, sukar untuk keluar daripada cengkaman golongan itu.
"Tawaran atau iklan pakej pinjaman dengan bayaran semula fleksibel memang sangat menarik, namun perlu diingat sekali terjebak, along tidak akan melepaskan peminjam dengan mudah.
"Bunga yang sangat tinggi dikenakan along kepada peminjam, namun tetap ada yang meminjam kerana desakan hidup," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Beliau mengulas mengenai laporan bahawa sindiket along semakin aktif mencari mangsa susulan ramai yang memerlukan sumber kewangan segera berikutan kehilangan pekerjaan atau mengalami kerugian dalam perniagaan disebabkan COVID-19.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menyarankan masyarakat mendapatkan bantuan daripada saluran yang betul.
Beliau berkata, kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat termasuk yang terbaharu Program bantuan Pemerkasan PLUS.
Selain itu, katanya, baitulmal juga boleh dirujuk bagi mendapatkan bantuan zakat.
"Ketika inilah baitulmal atau pusat zakat perlu mengurangkan birokasi supaya dapat membantu masyarakat kita yang dilanda kesusahan.
"Inilah masa paling sesuai untuk pusat zakat dan baitulmal menyalurkan bantuan menerusi dana zakat yang terkumpul kerana itulah antara fungsi zakat," katanya.
Topic Berkaitan
#sindiket along
#jangan mudah terpedaya
#pinjaman wang tidak berlesen
#COVID-19
#hilang pekerjaan
#perniagaan rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan