awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/05/2023
07:20 MYT
Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH
Lembaga Tabung Haji dan anak-anak syarikatnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk promosi, penawaran atau penyediaan perkhidmatan badal haji. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan orang ramai, terutamanya umat Islam di negara ini, agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan, mahupun individu tertentu.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menegaskan TH dan anak-anak syarikatnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk promosi, penawaran atau penyediaan perkhidmatan badal haji.
"Setiap individu dari luar Makkah perlu mendapatkan visa haji untuk melaksanakan ibadat haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi, manakala penduduk tempatan perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi.
“TH akan terus mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Syed Saleh menambah tawaran badal haji pada harga sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas disifatkan terlampau murah.
Ini kerana, katanya harga asal permit haji paling rendah adalah sekitar SR4,000 (RM4,800), dan lain-lain perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh penduduk tempatan Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji.
Topic Berkaitan
#ibadah haji
#Penipuan upah haji
#Lembaga Tabung Haji
#Syed Saleh Syed Abdul Rahman
#Badal Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan