awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan tunduk pada desakan pengusaha ladang durian haram - PPNP

Firdaus Azil
Firdaus Azil
25/08/2020
09:25 MYT
Jangan tunduk pada desakan pengusaha ladang durian haram - PPNP
Isu penerokaan tanah secara haram yang berleluasa telah mengalirkan banyak wang keluar yang sepatutnya menjadi hasil kerajaan negeri, kata Zuhairi Ab. Kadir.
Semua tanah milik kerajaan negeri yang diteroka secara haram untuk pertanian, perumahan mahupun sektor perindustrian perlu diambil kembali demi memacu kegemilangan negeri ini khususnya dari sudut pembangunan ekonomi.
Pengerusi Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, isu penerokaan tanah secara haram yang berleluasa telah mengalirkan banyak wang keluar yang sepatutnya menjadi hasil kerajaan negeri.
"PPNP menyokong tindakan kerajaan Pahang mewujudkan syarikat tujuan khas (SPV) bagi menyelesaikan isu ladang durian haram di Raub.
"Itu merupakan hak kerajaan negeri dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 1 Ogos lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak mendedahkan, penerokaan tanah secara haram bagi penanaman durian menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah.
Susulan itu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam satu kenyataan pada 10 Ogos lalu berkata, kerajaan negeri akan bertegas dalam menangani isu penanaman durian haram di Raub memandangkan terdapat bukti pembukaan tanah haram untuk tanaman durian yang terus bertambah di kawasan Sungai Ruan dan Sungai Chalit, Raub.
Zuhairi berkata, penyelesaian terbaik perlu dilaksanakan kerajaan negeri seperti memberikan kelulusan kepada mereka yang sedia ada dan benar-benar layak serta telah terbukti menjalankan kerja dan projek dengan berjaya.
"Ini perkara yang lebih baik untuk diberi fokus daripada terus menawarkan kelulusan pada syarikat-syarikat yang belum tentu betul-betul mampu melaksanakan projek.
"Kerajaan negeri juga boleh memberi kelulusan namun dalam masa sama meletakkan beberapa syarat seperti pihak terlibat (pencerobohan) perlu membayar denda yang setimpal atas kesalahan, kemudiannya meminta mereka menjelaskan premium, sewaan atau pemilikan sementara tanah, membayar cukai dan mengutip hasil tahunan.
"Saya percaya usaha berkenaan lebih berkesan dan terjamin untuk menangani isu ekonomi di negeri ini malah membayar balik hutang piutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri," katanya.
Topic Berkaitan
#durian
#ladang durian haram
#Pengerusi Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang
#PPNP
#zuhairi ab kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan