Jangkaan cuaca panas di Arab Saudi dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius antara cabaran yang perlu ditempuhi 30,200 jemaah haji Malaysia pada musim haji tahun ini.
Oleh itu, jemaah haji disaran agar sentiasa mengikut nasihat petugas perubatan Tabung Haji (TH), kata Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman selepas melepaskan kumpulan kedua petugas haji ke tanah suci di Kompleks TH di sini hari ini.
"Berbanding suhu di Malaysia 36 atau 34 darjah Celsius, ini satu cabaran yang besar kepada jemaah. Malah TH telah memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada jemaah semasa kursus haji supaya lebih bersedia menghadapi suasana cuaca panas dengan menjaga kesihatan dan tidak terdedah kepada cuaca panas,"katanya.
Beliau, yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia, berkata 141 petugas haji terdiri daripada 62 petugas kebajikan, 63 petugas perubatan dan 16 petugas media berlepas ke tanah suci melalui penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) pada pukul 2.45 petang ini.
Syed Saleh berkata kumpulan itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 600 petugas, dengan kumpulan pertama melibatkan 13 petugas teknologi maklumat berlepas pada 2 Julai lepas, manakala selebihnya berlepas pada 11 Julai ini.
Segala perancangan dan persiapan TH bagi operasi haji kali ini berjalan lancar dengan kerjasama agensi-agensi terlibat termasuk Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia serta Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
Terdahulu dalam amanatnya kepada petugas haji pada majlis itu, Syed Saleh berharap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan amanah bagi memastikan kelancaran ibadah jemaah haji Malaysia.
"Pada tahun lepas indeks kepuasan pelanggan kita adalah 85 peratus, jadi saya harap tahun ini indeks itu lebih daripada 85 peratus," katanya.
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dijadual 14 Julai ini dan penerbangan pergi terakhir pada 15 Ogos, manakala penerbangan pulang dijadual 29 Ogos hingga 25 Sept.
Sebanyak 81 penerbangan sewa khas akan digunakan bagi operasi haji tahun ini melibatkan 40 penerbangan MAB dan 41 penerbangan Flynas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018
SYED SALEH: Berbanding suhu di Malaysia 36 atau 34 darjah Celsius, ini satu cabaran yang besar kepada jemaah. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.