MALAYSIA

Jangkaan trafik Hari Raya ketiga

Shafizan Johari 26/06/2017 | 23:43 MYT
Kami kongsikan jangkaan kesesakan jalan raya sempena Hari Raya Ketiga, hasil pemantauan data trafik di portal trafik.katsana.com. - Gambar fail
Warga kota sudah mula pulang ke ibu kota dan trafik dijangka semakin sesak hari ini.
Kami kongsikan jangkaan kesesakan jalan raya sempena Hari Raya Ketiga, hasil pemantauan data trafik di portal trafik.katsana.com.
Grafik Astro AWANI
Bandar Kuala Lumpur dijangka kembali sesak menjelang tengah hari apabila warga kota sudah mula kembali ke ibu kota.
Grafik Astro AWANI
Beberapa kawasan di Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru mengalami kesesakan menjelang tengah hari.
Grafik Astro AWANI
Jalan dari Pantai Timur juga sesak, terutama di Karak, Bentong dan Temerloh menjelang petang.
Grafik Astro AWANI
Pengguna Lebuhraya PLUS dari utara yang mahu pulang ke Kuala Lumpur boleh memilih untuk memandu selepas jam 6 petang memandangkan trafik dijangka lancar sepanjang malam.
Grafik Astro AWANI
Pemandu juga boleh mengelak untuk memandu pulang ke ibu kota pada tengah hari memandangkan kesesakan jalan raya dijangkakan di beberapa lokasi seperti di Tambun, Kuala Kangsar, Taiping, Bayan Lepas dan Sungai Petani.
#Aidilfitri #aliran trafik #hari raya #KATSANA #Kuala Lumpur #PLUS