MALAYSIA
Janin bayi ditemukan dalam lori sampah alami kecederaan serius - Polis
Polis semalam mengesahkan penemuan janin bayi itu oleh seorang pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar semasa memunggah sampah ke dalam lori pada 12.30 tengah hari. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Janin bayi yang ditemukan dalam sebuah lori sampah di Bukit Jalil, Cheras, dekat sini semalam, mengalami beberapa kecederaan serius pada tubuh.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata janin lelaki berusia kira-kira 25 minggu sepanjang 35 sentimeter itu mengalami kecederaan pada perut selain tengkorak kepala pecah dan tali pusat putus.
"Setakat ini empat individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, polis mengesahkan penemuan janin bayi itu oleh seorang pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar semasa memunggah sampah ke dalam lori pada 12.30 tengah hari.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkannya mati selepas dilahirkan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Janin bayi lelaki ditemui dalam lori sampah Bukit Jalil, Cheras, mengalami kecederaan serius termasuk perut tercedera, tengkorak kepala pecah, dan tali pusat putus.
- Polis telah merakamkan empat individu bagi membantu siasatan penemuan janin bayi berusia kira-kira 25 minggu itu.
- Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan, kesalahan mengelakkan anak dilahirkan hidup atau menyebabkannya mati selepas dilahirkan.