MALAYSIA
Janin cukup sifat ditemui dalam tandas stesen minyak

Janin bayi cukup sifat ditemui di dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Jalan Pontian-Benut. -Foto tular
PONTIAN: Penemuan janin bayi cukup sifat di dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Jalan Pontian–Benut dekat Api-Api, di sini, menggemparkan pekerja premis pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Seorang pekerja stesen minyak di Jalan Pontian-Benut, Johor, menemui janin bayi cukup sifat dalam mangkuk tandas pada pagi Jumaat, lalu menghubungi polis.
- Janin dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
- Polis telah mengenal pasti seorang wanita yang disyaki terlibat dan kini sedang dirawat di hospital; orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat yang bertugas.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk menyembunyikan kelahiran anak,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurut beliau, hasil siasatan awal membawa kepada pengecaman seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Wan Nor Ismaliza Wan Ismail di talian 016-208 9835. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami