awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janin ditemukan dalam tandas di stesen minyak

Bernama
Bernama
10/05/2022
16:37 MYT
Janin ditemukan dalam tandas di stesen minyak
Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, petang tadi. - Foto ihsan polis
KUALA LUMPUR: Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 4.57 petang dan sepasukan pegawai serta anggota telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati janin lelaki yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan itu telah dibuang ke dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut.
"Janin tersebut dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian," katanya dalam kenyataan malam ini.
Jenayah | Janin ditemukan dalam tandas di stesen minyak
Ashari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#janin bayi
#ditemukan
#stesen minyak
#Danau Kota
#Setapak
#Polis Daerah Wangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan