[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Jari kaki kanak-kanak hampir patah tersepit eskalator R&R Pagoh

Bernama 14/12/2015 | 11:32 MYT
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan jari kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit di eskalator kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh. -fotoBERNAMA
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan jari kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit di eskalator kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, dekat Muar, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Marzuki Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.35 malam dan seorang pegawai berserta enam anggota balai tersebut tiba di lokasi pada 10.10 malam.
"Operasi mengeluarkan jari kaki kanan mangsa, Ahmad Farhan Zulkifli, 6, menggunakan peralatan menyelamat, yang tamat kira-kira 10.50 malam.
"Berdasarkan pengamatan, tiada tanda menunjukkan bahawa jari itu patah," katanya.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan jari kaki kanan kanak-kanak tersebut.
Beliau berkata kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, bagi tindakan lanjut.
#bomba dan penyelamat #jari kaki kanan #Marzuki Ismail #Pagoh #R&R #Rehat dan Rawat #tersepit