awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaringan Prihatin: YES pastikan tiada rakyat terpinggir akses Internet

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
07/07/2021
12:43 MYT
Jaringan Prihatin: YES pastikan tiada rakyat terpinggir akses Internet
Inisiatif YES Prihatin akan menyumbang kepada pembangunan negara dalam jangka masa panjang dan melahirkan lebih ramai masyarakat yang celik Internet. - Foto YES 4G
PENULARAN wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan penggunaan Internet meningkat dengan ketara di negara ini.
Melihat situasi tersebut, pelan YES milik YTL Communications di bawah inisiatif Jaringan Prihatin tampil menawarkan data bersubsidi dengan telefon pintar percuma tanpa kontrak bagi memastikan tiada rakyat terpinggir untuk mendapatkan akses Internet, khususnya golongan B40.
Ia dihadirkan dengan dua pilihan, iaitu pelan ‘Belajar dari Rumah Keluarga’ dan pelan ‘Belajar dari Rumah Individu’.
Bagi pelan ‘Belajar dari Rumah Keluarga’, penerima yang layak akan menerima sebuah telefon pintar percuma, 30 gigabait (GB) data, baucar Shopee RM50, akses percuma aplikasi Pendidikan FrogPlay oleh FrogAsia termasuk aplikasi hiburan iQiyi selama 12 bulan.
Dalam pada itu, untuk mereka yang bujang, pelan ‘Belajar dari Rumah Individu’ akan dilengkapi tawaran serupa tetapi dengan 15GB data percuma.
Dapatkan pelan YES Prihatin
Cara daftar
Cara tuntut
Cara electronic Know Your Customer (eKYC)
Cara tuntut data 15GB YES Prihatin
Sementara itu, kedua-dua pelan itu turut dibekalkan kepada akses kandungan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma bagi tempoh setahun tanpa sebarang deposit, kontrak atau bayaran dikenakan.
Ia merangkumi sesi pembelajaran bagi subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dari Tahun Satu ke Tingkatan Lima dan dibangunkan mengikut piawaian silibus pendidikan Malaysia, juga akses kepada kuiz ulang kaji bagi semua subjek teras.
Dengan data percuma yang diberikan, pelanggan dapat menjimatkan wang dan menghapuskan sebarang bentuk halangan untuk melakukan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR), bekerja dari rumah (BDR) termasuk mendigitalkan perniagaan.
Inisiatif YES Prihatin ini juga akan menyumbang kepada pembangunan negara dalam jangka masa panjang dan melahirkan lebih ramai masyarakat yang celik Internet.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan YES Prihatin ini, orang ramai boleh melayari https://www.yes.my/ms/kasiupB40/ atau menghubungi talian 018-3333 303.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Topic Berkaitan
#YES 4G
#YES Prihatin
#Internet
#Telefon pintar percuma
#pengajaran dan pembelajaran
#telefon pintar
#data percuma
#PRIHATIN
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan