awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS buka kertas siasatan berhubung pembuangan bahan kimia di Kajang

Bernama
Bernama
03/02/2021
13:19 MYT
JAS buka kertas siasatan berhubung pembuangan bahan kimia di Kajang
Pihak JAS sedang giat memburu pelaku yang bertanggungjawab terhadap insiden ini dan tangkapan akan dibuat ke atas orang yang disyaki dalam masa terdekat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA:Jabatan Alam Sekitar telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian pembuangan haram bahan kimia di rizab Sungai Langat, Taman Seri Reko, Kajang semalam, kata Ketua Pengarahnya Norlin Jaafar.
Beliau berkata JAS Negeri Selangor sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan pemeriksaan di lokasi petang semalam mendapati terdapat 21 tong berisi larutan cecair yang berbau seperti pelarut.
"Tiada tumpahan cecair dikesan di atas tanah semasa siasatan dan tidak kelihatan sebarang cecair mengalir di atas tanah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Norlin berkata kawasan berkenaan telah ditutup bagi mengelak sebarang kesan bahan kimia kepada orang awam, manakala sampel bahan kimia tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Beliau berkata kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk Seksyen 34A iaitu gagal mengemukakan laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling (EIA) daripada aktiviti yang ditetapkan (penstoran luar tapak) dan Seksyen 34B iaitu menempatkan buangan terjadual di premis tanpa mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah.
Siasatan turut membabitkan Seksyen 18(1) iaitu menjalankan aktiviti di premis yang ditetapkan tanpa mendapat apa-apa lesen daripada Ketua Pengarah dan Seksyen 19(a) iaitu menjalankan aktiviti di premis yang ditetapkan tanpa mendapat apa-apa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.
"Pihak JAS sedang giat memburu pelaku yang bertanggungjawab terhadap insiden ini dan tangkapan akan dibuat ke atas orang yang disyaki dalam masa terdekat," kata Norlin.
Orang awam diminta membuat aduan pencemaran secara terus ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau e-mel ke [email protected] atau melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
Terdahulu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan lanjut berikutan penemuan tong-tong berisi bahan buangan berjadual itu yang berpotensi menjadi punca pencemaran sungai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#Kajang
#Taman Seri Reko
#Norlin Jaafar
#tong berisi larutan cecair
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan