awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS Kedah siasat insiden sungai dicemari bahan berwarna merah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/05/2024
09:10 MYT
JAS Kedah siasat insiden sungai dicemari bahan berwarna merah
Anggota JAS berada di lokasi untuk mengambil sampel dan mengesan punca kehadiran sisa buangan itu. -JAS Kedah
ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan dan melakukan siasatan berhubung pencemaran sisa buangan ke dalam Sungai Padang Terap, Kepala Batas, di sini, pada Ahad.
Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Shahab berkata, pencemaran itu dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa buangan dari longkang sebuah fasiliti yang disalurkan terus ke dalam sungai.
“Aduan diterima pada jam 9.10 pagi daripada orang awam kerana berasa pelik air sungai menjadi warna merah dan mengeluarkan bau busuk.
"JAS telah menghantar anggota ke lokasi untuk mengambil sampel dan mengesan punca sisa buangan itu datang.
"Hasil siasatan mendapati pencemaran dipercayai berpunca akibat pelepasan sisa buangan dari longkang sebuah fasiliti yang terletak berhampiran sungai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sharifah Zakiah berkata, sampel sisa bahan buangan itu sudah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Katanya, JAS Kedah turut mengarahkan pihak fasiliti untuk menjalankan pembersihan longkang dan sungai dan pihak fasiliti bersetuju untuk menjalankan pembersihan itu.
"Pihak fasiliti juga akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan akan mengemukakan laporan kepada JAS Kedah.
"Kita juga mengarahkan sisa pembersihan disimpan sementara waktu untuk menentukan jenis bahan yang dilepaskan," katanya.
Sharifah Zakiah berkata, sekiranya sisa buangan itu didapati jatuh dalam kategori Buangan Terjadual, pihak fasiliti akan diarah untuk melupuskannya hanya di premis yang dilesenkan oleh JAS.
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS Kedah
#pencemaran sisa buangan
#sungai bertukar merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan