BAYAN LEPAS: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengarahkan pemaju perumahan dan operator sebuah kuari di Persiaran Kelicap, di sini, menghentikan serta-merta aktiviti di kawasan itu.
Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, arahan tersebut dikeluarkan selepas siasatan mendapati pemaju melanggar peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Ia selepas pemaju didapati menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan pengkuarian selepas tempoh sah kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) aktiviti tersebut berakhir pada 7 Disember tahun lepas.
"Satu notis arahan secara serahan tangan telah dikemukakan JAS kepada pemaju. Notis arahan tersebut mengarahkan supaya semua aktiviti dan subaktiviti pengkuarian dihentikan serta-merta.
"Notis turut mengarahkan supaya pemaju mengemukakan laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi aktiviti perumahan mengikut kontur dalam tempoh enam bulan dari tarikh notis jika masih berminat untuk menjalankan aktiviti perumahan.
"Sekiranya tiada laporan EMP dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan, pemaju dianggap tidak berminat meneruskan aktiviti perumahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharifah Zakiah berkata, kelulusan baharu tidak diperbaharui pihaknya susulan zon penampan terkini yang tidak mencukupi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tapak tersebut telah mendapat kelulusan bagi membangunkan projek perumahan mengikut kontur pada 18 Ogos 1994 namun projek tersebut telah tertangguh beberapa kali.
Katanya, selepas tempoh operasi kuari tidak dilanjutkan, JAS negeri masih menerima aduan penduduk terdekat bahawa kuari masih beroperasi dan menimbulkan kacau ganggu.
"Intipan menggunakan dron dan siasatan pasukan penguatkuasa JAS Pulau Pinang pada 14 Februari lalu mendapati premis itu masih menjalankan aktiviti pemecahan batu (crushing) dan menggunakan ‘water cannon’ yang menghasilkan bunyi bising serta menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk berdekatan," katanya.
Tegasnya, tiada sebarang kerja dibenarkan dijalankan di tapak berkenaan sehingga EMP dikemukakan dan disahkan oleh JAS Pulau Pinang.
"Meskipun tapak projek berkenaan masih mempunyai permit dan kelulusan kerja tanah yang dikeluarkan agensi lain, namun oleh kerana tapak ini tertakluk kepada kelulusan EIA, maka tiada aktiviti boleh dijalankan selepas tempoh kelulusan pengkuarian di bawah Perintah EIA tamat dan tidak dilanjutkan," katanya.
Dalam pada itu, Sharifah Zakiah memaklumkan pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan bagi mendakwa pemaju serta kontraktor terbabit di mahkamah.
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 34 A, Seksyen 31 dan 38, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Dalam pada itu, JAS Pulau Pinang memandang serius kegagalan mana-mana pemaju untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan pihaknya.
Katanya, pembangunan yang dijalankan mestilah mengikut peruntukan undang-undang dan mengambil kira kebajikan pihak lain yang berkepentingan khususnya orang awam.
Ends
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Feb 20 2022
Arahan tersebut dikeluarkan selepas siasatan mendapati pemaju melanggar peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. - JAS
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
Langkawi catat kutipan e-sisa tertinggi di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengutip sebanyak 24 tan buangan barangan elektrik dan elektronik (e-sisa) di seluruh negeri sepanjang tahun ini, kata pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Sahab.
JAS serbu dua kilang haram disyaki punca pencemaran bau di Sungai Petani
Kilang yang menjadi tempat penstoran buangan itu menyimpan bahan sisa plastik dan buangan terjadual SW 404 iaitu sisa klinikal.
JAS perlu tambahan 3,000 penguat kuasa untuk tingkat pemantauan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan tambahan 3,000 anggota penguat kuasa berbanding 1,100 penguat kuasa sedia ada.
Pelan tindakan pencemaran sungai perlu diwujudkan - JAS
Langkah itu perlu bagi memastikan isu pencemaran sungai negara ini mampu dikendalikan dengan berkesan sekali gus dihentikan.
Premis kitar semula digempur JAS
Sebuah premis kitar semula buangan terjadual dan skrap logam di daerah ini digempur selepas didapati tidak mematuhi keperluan perundangan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
2 kapal disyaki punca tumpahan minyak di perairan Labuan ditahan
JAS Labuan menahan dua kapal yang disyaki menyebabkan kejadian tumpahan minyak berhampiran jeti Labuan Shipyard Engineering (LSE) dan perairan Patau-Patau 1.
Punca pencemaran bau di Ulu Tiram belum dikenal pasti, JAS terus siasatan
JAS Johor masih menyiasat punca pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, susulan siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pelupusan haram.
29 sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas - Nik Nazmi
Sejumlah 29 atau empat peratus daripada 672 batang sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.
112kg e-waste dikumpul di Pulau Perhentian
Program dilaksanakan bermula 3 hingga 5 Jun itu mengumpul sisa e-waste seperti peti ais, telefon pintar dan kipas lama.