awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS P. Pinang buka dua kertas siasatan kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/01/2022
13:00 MYT
JAS P. Pinang buka dua kertas siasatan kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung
Kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri membuat pemantauan kualiti udara di kawasan berhampiran tapak pelupusan sampah yang terbakar dekat Pulau Burung, hari ini. - Foto JAS Pulau Pinang
NIBONG TEBAL: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang membuka dua kertas siasatan terhadap pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Jalan Byram, Nibong Tebal susulan kejadian kebakaran di tapak tersebut sejak sembilan hari lalu.
Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kertas siasatan yang dibuka membabitkan kesalahan Seksyen 29A, dan kesalahan dibawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
“Untuk kesalahan terkini, dua kertas siasatan dibuka untuk kesalahan dibawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kesalahan dibawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atas ketidakpatuhan syarat Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA),” katanya.
Jelasnya, berdasarkan rekod sebelum ini, JAS Pulau Pinang telah mengeluarkan 14 notis arahan serta mengeluarkan dua kompaun atas kesalahan pembakaran terbuka kepada pihak pengurusan tapak pelupusan sampah itu pada tahun 2021.
“Selain itu, satu kes telah difailkan di mahkamah berhubung kesalahan pengurusan “leachate” atau resapan yang akan melalui proses perbicaraan pada Februari nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Sharifah Zakiah berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian kebakaran di tapak pelupusan sampah termasuk membuat pemantauan udara di kawasan tersebut.
Rabu lalu, 6.5 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar menyebabkan 400 penduduk di dua kampung berhampiran diarahkan berpindah kerana dikhuatiri terdedah kepada gas beracun.
Berikutan itu juga, kawasan tersebut turut diisytiharkan sebagai kawasan bencana tahap satu.
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas sehingga keadaan kembali pulih.
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS Pulau Pinang
#Pulau Burung
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan